Thursday, October 30, 2008

TOK !!!!!!

hari ni hari last tok akhiri zaman bujang..
tok akan akad nikah lepas solat jumaat
lepas nikah terpulang pd tok nak buat apa pada bakal isteri dia.
tok dah bercinta ngan tunang dia dekat 13 tahun
lama dia simpan pendam selama 13tahun
saya pula yang berdebar-debar
malam tadi saya dok pikir kat Tok jek
benar ke tok nak kawin???
TOk nak salam ngan tok kadi kejap lagi.

saya macam tak boleh nak terima kenyataan.
chapit nak kawin! hari ni! jap lagi! lagi beberapa detik je lagi!

" aku nikahkan dikau ngan isteri kau dengan mas kawin segumpal tulang"

Tok..
Tahniah..

Tuesday, October 28, 2008

aku menang!



sapa nak.. angkat tangan.



PRIZES


Grand Prize

1 x Limited Edition House Bunny Cosmetic Case

1 x Limited Edition House Bunny Tote Bag

Tuesday, October 21, 2008

suspen

semalam aku cuti
aku sakit perot
aku salah makan lagi.
aku tido jek, aku ke tandas, aku tido dan aku ke tandas.
pastu ada org ajak aku tengok wayang
aku pergi..
kat wayang bau busuk
sebab aku.
hari ni aku masuk opis..
pun sama bau busuk sebab aku..
org sebelah tegur.
aku ckp toilet tersumbat.
aduh.. ni dia datang lagi.

jum layan..
yuvraj- dil ka rishta- " AR Rahman"

Thursday, October 16, 2008

bateri


(pendahuluan)
kisah ni berlaku kira-kira dalam minggu ni gak. pada hari selasa lepas.. aku tak tau la apa punya malang la nasib ku pada hari tu.. semua dalam satu hari serentak.. panjang skit cite ni.

(isi perot)
pagi selasa tu memang tak cukup tido. aku tido dalam jam 3 pagi dan bangun semula awal pagi. memang mengantok sesangat pada hari selasa tu. ada 2 meeting yg aku kena pergi di kl. dah la masa nak odw dari s.alam ke kuala lumpur tu jammed giler.. baru aku tau kenapa cik yaya pergi kerje sebelum matahari terbenam sebab nak elak jam yg terok kat nkve tu.. dan nasib baik aku sampai on time jam 9 di bukit bintang..
lepas habis meeting tu pastu g lak jumpa ngan org korea.. debuk debak debuk debak ngan org winter sonata ni dah jam 12.00tgh hari.. aku kena balik semula s.alam nak ambik artwork pasal nak hantar kat kilang..
masa nak odw ke s.alam radio kereta aku tetiba je mati.. aku fikir radio aku dah rosak kot.. masa tu aku terpikir2 juga kenapa radio tetiba je rosak? emmmmmmm

sampai je s.alam, bertekak jap ngan seorang supplier ni sebab dia dunggu sangat.. aku cakap kuantiti 2000 unit dia g hantar 1000 unit.. bebal sungguh. dah kena buat semula benda tu..ntah cemana aku termarah plak supplier amoi ni. padahal sebelum ni aku manja2 skit dengan dia. jentik pun tak pernah ini kan pula marah marah..kecik hati dia ngan abang sul..dia panggil aku
sul.. agaknya penat sangat masa tu.dah la lapar giler masa tu.. tu yang kena tinggi suara ngan aku.


pastu aku bergegas nak ke damansara dari s.alam sebab ada barang urgent nak kena setelkan... bila ngah drive kete, radio tetiba je terbuka sendiri.. huh.. suspen gak.. tadi tetiba mati.. ada hantu ke apa... namun aku tak peduli.. aku terus bawak kete laju laju.. makin laju aku bawak makin lapar perotku.. aku tak tahan sangat lalu singgah sebentar kat kedai nasi sup di subang aiport tu..masa tu cuaca sangat2 panas.. berpeluh tubuhku ni.. sup dia memang sedap.. aku pun dah kenyang.. bila kenyang aku happy.. aku happy dan aku call amoi tu to say sorry.. dia pun say sorry balik kat aku.. pastu kita gurau senda dalam tepon.selesai masalah kecik kecik hati ni.. biasala org pompuan. tegur sikit dah merajuk..

pastu dapat plak sms dan call dari buah hati pengarang jantong sorang lagi ni.. aduh.. ni lagi pening kepala..orang tengah sibuk2 ni nak itu ini lah. lalu merajuk la si dia tapi gagal ku memujuk. tadi happy dan sekarng dah tak happy..

(klimaks)
cuaca yang panas terik ni buat kan aku takde mood langsung..memang instinct aku berkata hari ni memang hari malang giler..then aku pun ke kereta limo ku.. bila nak start enjin kereta.. tak hidup.. aku cuba lagi tak hidup.. dan cuba dan cuba dan cuba.. tak hidup2 jugak...huh.. tensennya aku..aku rasa kereta aku dah habis bateri. patutla radio tadi tetiba jek mati.. mungkin tu tanda2 awal bateri kereta ku nak kong..
aku terpaksa panggil hero kampung kita. abam k.e untuk hulurkan bantuan. nasib baik ada jumper kabel kat kereta aku. kalau dah ada jumper ni senang la sikit nak idupkan kereta.. then aku sambungkan wayar kabel bateri kereta k.e ke beteri kereta aku.

1.masa ngah sambung wayar tu tiba-tiba wayar kabel jumper tu tetiba berasap.. dan tiba2 penyepit kabel tu terputus pulak dah.. huh.. cap ayam punya jumper! pastu dengan kelam kabut dan muka dan badan yang berpeluh peluh dan cuaca yang panas aku paksa k-e cari wayar jumper baru di kedai berdekatan
2. masa ngah kelam kabut tu aku terus lock kereta dari dalam.. ALAMAK! kunci kereta tertinggal kat dalam.. huh..ah sudah.. makin kalut aku di buatnya.. abam k-e punya cerdik sampai dia suruh aku pecahkan cermin kereta untuk amik kunci tu..owh tidak..
3. aku pujuk abam k-e pergi ke rumah keluarga aku di k.lumpur untuk ambik kunci spare. rumah aku memang jauh tapi abam k-e terpaksa gak tolong aku.. time tu dia pun ada job urgent..tapi dia kena gak tolong sebab dia insan baik hati.
4. lepas ambik kunci dan beli bateri baru, aku sampai ke tempat kejadian.. lepas tukar je bateri baru.. kereta aku dapat start semula..huh.. aku terus peluk abam k-e dan ucapkan terima kasih pada beliau.. beri kan tepukan gemuruh pada abam k.e..then aku teruskan perjalan setelkan kerja2 aku..

5. pada waktu malam aku ada appoinment ngan customer di taman desa k.lumpur.. masa aku odw jumpa customer ni.. k-e call dan marah2 aku. "sampai hati kau tuduh aku k-e". bekalan elektrik di rumah sewa di potong katanya.. rumah gelap gelita.. semua dalam kepanasan sebab kipas takde.them aku terus call tnb.masa aku call tnb, dia kata rumah aku ada buat kecurian arus elekrik.. huh.. dan sekali lagi aku yang dipertanggungjawabkan. aku pun paham kenapa k-e marah.. yela balik2 kerja tetiba letrik takde.. aku nak marah balik pun tak boleh gak sebab dia dah tolong aku petang tadi..lepas berbual ngan pihak tnb baru aku tau.. owner lama buat kecurian litar pintas di panel elektik secara haram untuk menjimatkan bil elektrik.. tnb tanggung kerugian sebanyak seribu lebih..lepas dah bayar duit kerugian ni baru bekalan elektrik di masukkan.huh.lepas tu pulak dapat semula sms dari sorang buah hati ni..aduh ...pun sama jugak la macam kes abam k-e ni. nak marah marah.. pms kot.. semua benda tak kena..

6. lepas aku sampai di taman desa.. singgah sekejap dia shell..then nak terus kan perjalanan, tiba-tiba kereta aku tak boleh start lagi.. huh!!! apa punya bala daa. padahal baru je tukar bateri baru tu.. lagi sekali aku terpaksa jumper kereta ku semula..nasib baik aku dah standby jumper baru dan ada bateri spare dalam kereta..aku call pomen , dia kat autonater aku dah rosak.. kena tukar yang baru.. bateri aku tak rosak sebenarnya tapi yang lain pula rosak.. huh.. tak jadi aku jumpa customer dan terus aku pulang ke rumah keluarga aku di kl.. tak jadi balik ke rumah sewa sebab elekrik takde..

(penutup tin)
pulang ke rumah.. aku terus terduduk diam.. terfikir aku petikan kata2 dr fazilah kamsah " allah beri musibah ke atas kamu atas dosa-dosa lepas yang kamu yang lepas"
mungkin ni baru sikit je tuhan nak uji..
pikir2 balik.. agak nya mungkin aku selalu lewat solat subuh.. yela.. mana ada orang sembahyang subuh pukul 7.30 pagi macam aku selalu buat.. asyik qada jek.

dan mungkin aku ada buat salah kat tuhan atau orang kot..
renung sejenak..

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com