Thursday, October 13, 2011

Jumaat Sekejap Sampai


Salam ukhuwah dan salam jumaat pada semua

Cepat masa berlalu
semalam hari jumaat, bangun je dari tido hari ni dah hari jumaat
semalam baru je kawin, bangun pagi dah anak kat sebelah.
semalam baru je 80kg, bangun pagi dan 95 kg
semalam baru ke pakai towel baru, bangun pagi dah jadi kain alas kaki
semalam baruje tengok NTV 7, bangun je tidur dah ada astro,
semalam baru tido nampak k-e, bangun tido nampak isteri.
semalam baru je curi ubat gigi chapit, bangun tido tengok gigi chapit dah putih..
semalam baru berdating dating, bangun tido dah mandi nawaitu..

huh
sekejap sangat masa itu berlalu..

zool

Monday, July 20, 2009

30 perkara.....

30 Perkara Tentang Wanita


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.(ingat x masa kta mula2 kenal dlu bie???heheheh)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling BENCI lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!(ini cyg-betul x bie???hehehhe)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.(so...kene fahamilah perasaan tunang n bakal isteri...)

Friday, July 17, 2009

lagu untuk YAYA..




dengar lagu ni teringat kat yaya..
macam kena jek..

Wednesday, July 15, 2009

Phuket, Thailand














































































































































































































































































































































































































































































































































Phuket ni kali pertama aku pergi.. seronok jugak la..kitaorg pergi 4 orang jek.. tak ramai sebab staff cuma 2 org jek.. hahaha. save la sikit duit company tak yah spend banyak sangat.


cost tiket flight campur penginapan di hotel area patong beach termasuk breakfast untuk 4 orang hanya RM2200.00 sahaja.. so sorang dalam RM600.00 sahaja.


duit poket aku hanya tukar RM400.00 sahaja dalam anggaran 4000 bhat.




serius beb.. memang tak cukup langsung.. bayangkan nasi putih dah dekat 50baht@ RM5.00, yang lain2 tak yah cite la.. memang giler mahal la..




pastu plak sana memang susah nak cari tempat makanan halal.. setiap restoran dan kedai mesti ada masak babi..jadi kena la hati2 sikit cari kedai makan kat sana sebab semua kedai jual babi.. so kitaorg pun makan la kat kedai pak arab. kedai pak arab tak jual babi tapi ada jual arak sikit dan restoran tu kategori halal..bengap betol.. kat hotel aku pun hidang kan sosej babi masa breakfast.. omelet babi pun ada.. aku ni kuat makan.. putus selera makan.. last2 makan roti jek.. geli pulak nak makan nasi dan bihun goreng yang sedap itu..yela.. mana la tau bihun tu di goreng pada kuali yang sama..


tapi makan kat sana memang sedap.. dia punya tom yam wacakap lu.. memang tak jumpa kat msia. sedap siot.. huh.. pastu lobster .. huh lobster giler gedabak besar.. tapi kecewa betul tak dapat makan lobster tu.. yela. mahal pulak tu. dan takut tak halal plak.



Pandangan aku la kan kat puket tu..tak berapa sesuai sangat la kalau nak bawak anak bini g jalan2. memang gaduh la laki bini nak nak macam laki yang kurang iman nya.kalau nak pergi sana boleh.. tapi jangan la stay kat Patong Beach ni. korang boleh search internet .. sana memang tempat maksiat..lebih2 lagi kat BANGLA ROAD. dengan disko nya, dengan tempat urut nya, dengan tiger show nya.. memang stim je memanjang..dah la tempat urut dia murah giler.. huh.. kalau bukit ada ni mesti dia tak lepaskan peluang ni.. "paitin".. tapi untuk anak anak muda macam aku ni .. memang best la cuci mata.. hehehe.. nasib baik la aku pergi ngan bos serta isteri ni.. terasa la terkongkong sikit.. ni kalau pergi ngan member2. mau pecah teruna aku.. nasib baik dah tunang..


kat sana yang tak boleh lupa dan paling best masa kitaorg pergi pulau phi phi island dengan james bond island.. pakej 2 hari ni 3200baht sorang.. RM320.00 seorg. sini memang chill beb.. kalau pergi puket tapi tak pergi dia punya pulau memang tak lengkap trip.. sini kami enjoy sikit.. pakej sekali makan.. makanan halal dan sedap..


aku memang puji la layanan krew dan team bot yang bawak kami pergi ke james bond island.. mereka ni nampak je selekeh macam org nelayan tapi layanan dan servis mmg terbaik la.. memang puas hati.. dengan berakit, snorkling, bergambar, siap dia bagi bodyguard untuk jaga keselamtan kita sepanjang trip, siap joget joget masa last2 tu.. best r..


overall.. best gak la ke phuket ni. kalau nak g standby RM1500- 2000.00 sorang.. baru puas hati sikit.

tiket flight RM400.00 pergi balik (sorang) tgk pada promosi.

Hotel RM450.00 untuk 4 hari 3 malam ( share 2 org)

Makan RM50 untuk lunch dan RM50 untuk malam ( satu hari untuk sorang)

pakej trip untuk 2 hari RM320 -RM400 (sorang)

driver teksi, souviner dan lain lain (RM500.00)



walau macam mana pun, Medan indonesia jugak company trip yang terbaik.. mana tak nya.. semua staff nya kepala giler giler masa tu.


sekian ulasan saya..

















































































Wednesday, July 8, 2009

Peta

assalamualikum..

Apa khabar org kampung sekalian.
harap di jemput hadir ke majlis pertunangan saya nanti ye.. kalau tak dapat datang pun takpe.. tak wajib lagi. .. nanti dah nak nikah dan pada majlis perkahwinan baru wajib .. kalau tak datang, sure akan saya mandikan hadas besar sorang demi sorang.
ada kamu orang semua di majlis pertunangan ni meriah sikit. bawak kamera sekali ye.. breakfast makan sikit jek. save sikit untuk lunch.. 4 ekor kambing dengar kabar nya.. apa lagi.. belasah la kaw kaw.. hehehehe..

majlis start dalam jam 1 petang habis dalam jam entah petang.. kemudian di sambung pula majlis akikah untuk anak saudara dylla sehingga ke petang petang.. dan selepas petang dan datangnya malam tu pula dengar cerite saya kena stay di rumah dylla walaupun majlis dah habis. kamu semua boleh balik la masa tu. boleh pergi karok . saya ni nak dikarok kan tak lama lagi...rasa happy pulak dengar berita itu..pada mulanya saya menyangka ini sudah baik walaupun proses pengasahan trophy belum bersedia lagi. selepas di selidik baru saya tahu.. saya kena basuh pinggan kuali periuk rupanya..adat kata nya.. kecewa betul dengar..
betul ke wei org laki kena cuci pinggan?

ni rahsia ni..
malu sebenar nak tunang ni.. di luar memang cover line giler2.. tapi jauh kat lubuk hati ni malu giler2, cuak, berdebar, berdengkor , buasir resdung semua ada ni.. yela kan walaupun tunang tu pun nak kecoh.. tapi ni kali pertama buat saya.. seolah olah tahun depan saya dah jadi ayah.. dia punya ujian dia tu masa gaduh.. bab gaduh2 tu yang tak tahan.. saya ni dah la sensitif sikit.. ngan korang tak sensitif sgt la.. ngan si dia ni saya sensitif sikit.. so bila dah gaduh tu mula la nak kerek2.. pantang betul org bawah umur dari saya ni kerek2. so kena la mengalah. jadi bile bertarung je saya akan kalah. asyik kaaaalah jek. menang jarang sangat... tapi takpe.. saya sabar.. one day saya akan menang sampai katil patah.. hehehe.. gurau jek.

ok.. nanti hadir ye.. papahal call tok.. cari tok.. cari k-e ke?
ni k-e ngan baha kalau tak datang ni.. memang saya campak tungau kat dia..
baha! usahakan nak tangkap gambar cemana.. tolong la wei.
tok t.shirt mana? sorry. kek tunang aku tak bagi kau bawak.
k-e mana aku punya pencuci muka? boxer aku kat mana kau sorok!bagi balik!!.. bukit!.. mana minyak tu? dah dekat dah ni.

yaya.. ubat kurus? mana?

huh.. berdebar ni..

Thursday, June 25, 2009

saraf otak..



Masa kat simpang nak masuk jalan jelatek.. yang kat depan trafic light tu, bersebelahan pula dengan stesen LRT Jelatek.. yang kat sebelah kiri ada nampak satu lorong sehala lawan arah nak masuk keramat dan di belah kanan jalan raya nak menuju ke kuala lumpur.. Tak paham ek..

ok macam ni.. kalau dari KLCC nak ke Jalan Jelatek.. Ikut jalan ampang .. jalan terus dan akan jumpa 2 trafic light.. trafic light pertama akan nampak petronas dan shell dan kat belakang shell tu ada tempat car wash dan disebelah car wash yakni berdepan dengan laluan masuk ke tempat car wash tu ada toilet wanita dan lelaki.
ok. dah jumpa trafic light pertama jalan terus dalam 500 meter bersamaan dengan 50,000 sentimeter akan jumpa trafic light ke dua . di sebelah kiri ada nampak kete dan kat sebelah kanan akan nampak kete.. kasi hon banyak kali.. kalau tak hon karang dorang tak nak ke tepi.. lepas dan hon tu terus masuk kiri cepat2.. dalam 200 meter baru jumpa simpang masuk ke jalan jelatek..
dah sampai...

Wednesday, June 24, 2009

Bercuti lagi

Lama betul aku tak update blog ni.. takde idea siot...ni

ni aku nak taip pun tak tau nak cakap apa sebab banyak sangat nak cerita ni.. jap nak ambik mood..

sinetron..
korang tengok tak drama INTAN kat astro tu.. aku follow cerita tu.. dah mak aku hari2 tengok cite tu sampai kan aku pun terjoin gak tgk cite tu.. tiap hari pukul 11 malam aku kena ada kat umah duk depan tv. owh lupa.. aku skang duk ngan mak ayah aku.
bagi aku cite ni memang bangang nak mampus.. bodohnya intan tu dan jalan cerita tu tak logik dan menyakitkan hati.. yang peliknya aku tetap nak tgk cite tu.. sedap dia lain macam sikit..

Isu baju.
aku dah dapat dah t shirt kampung .. mana yang belum dapat tu. hello hello la kat tok.. dia plan nak nak bagi sekali harung je tapi masing2 banyak urusan tersendiri..
memang puas hati dan cantik la baju tu.. mengikut pengiraan aku kan, baju tu sebetolnya rege dia leh ke RM20.00 tau.. tapi kita hanya membayar RM10.00 jek. mekasih atas keiklasan pembuat baju tu..

K-e..
huh... tak bleh bla.. cuai betol..(jangan marah bang .hehehe)


tok..
tok sekrang ni sedang gigih berusaha tanpa kenal putus dan asa.. everyday pagi dan malam including siang on weekend.
sama sama la kita doakan kejayaan tok ye kengkawan..

Bercuti..
wei.. ni aku tak cerita lagi ni.. 28hb jun - 1 july ni aku holiday di phuket. ni company trip yang ke 5 kot aku g. tapi g phuket 1st time.. tak sabar rasanya ni nak g..biasa tengok gambar dan dengar org bercerita ni.. kali ni aku sendiri yang g. tak sabar siot...
nanti aku cekidout betol2 pastu aku bagi report kat korang sedetail nya..

Bertunang..
insyallah kalau takde apa apa hal... aku tunang 11 july ni. sejujur nya aku takot sikit la..walaupun tunang je kan.. mintak2 la takde lah kes cerai berai ni..biar lah tunang sekali dan kawin pun sekali.. kengkawan semua di jemput hadir juga ye..

ok.. aku dah update..

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com