Wednesday, May 20, 2009

11 july

ni bila ni!!

baju bila nak bagi ni..? tok mana tok.. papahal yang kena tok. ???
walaupun kena sabar, tapi dah tak sabar ni..

11 july 2009 ni. i nak semua pakai baju rasmi kampung kita.
majlis rasmi i masa tu .
ya 11 july
11 july 2009 ye ingat.. 11 july.. ya 11 july.

Tuesday, May 19, 2009

sempadan...

Di lahirkan di Rantau Panjang Kelantan dam di besarkan di Kuala Lumpur..

aku nak declare aku ni anak kelantan ke atau budak kl.. memang aku warga malaysia pun. tapi yang benar nya aku ni kelantan ke kl.. aku faham loghat kelantan biar sepekat atau selaju mana pun mereka bercakap aku tetap faham tapi aku tak fasih bercakap.. kalau aku cakap kelantan habis bercampur loghat, Pekan, kuantan dan terengganu.. kampung aku kat kelantan dekat sempadan thailand.kalau ikut rumah kampung aku dulu2. ruang tamu aku sempadan malaysia, dapur ngan tandas aku tu sempadan thailand.
kiranya dulu thailand ni tempat aku berak buat najis mutawasitah jek.. tak heran dah dok thailand. tapi sekarang rumah kampung aku pun dah takde, dah jadi pejabat imigresan ngan hentian stesen keretapi. sedara mara pakcik pakcik semua belak emak dah tak tinggal di situ. semua dah pulang ke india dan dubai dan langsung tak balik2 malaysia dah. yang balik pun ada la sorang dua, harta2 dan semua tanah2 di kelantan telah di jual sejak kematian tok ki aku 30 tahun yg lalu.yang tinggal pun hanya 2 3 rumah tapi ada kaum kerabat yang duduk free jek tak bayar apa apa.kalau kami sekeluarga pulang ke kelantan terpaksa menyewa hotel di kota baru

terpikir gak . nanti bila aku dah ada anak.. dorang mesti takde kampung. kampung mak ayah semua kat kl.

time raya mesti dorang mesti takde feel nak beraya.. yela.. mana ada kampung.. pastu kena ejek..
macam k-e ejek aku..loser je masa tu.

Monday, May 11, 2009

salam semua

Pekaba kepada ahli keluarga yang saya sayangi semua..
lama dah saya tak update blog..
saya x nak bagi alasan kenapa.. karang kalau saya cakap sibuk.. yaya dan lain lain semua lagi sibuk. ada je masa update blog.. jadi saya takmo bagi alasan..

nak cite ni.
1. mak ayah saya dah g merisik bakal permaisuri hari ahad lepas 10/5/2009. malu nya masa tu. tak tau nak letak mana muka ni. malu lah. tu baru merisik pun dah malu. apa la zool ni. tunang bulan julai ni kot.. nanti saya beri tahu la ek kalau dah confirm. kalu kengkawan ada masa.. sama sama la kita meraikan nya. "Kalau" jodoh saya panjang dgn si dia.. taun depan bulan november kalau ada rezeki, dapat la saya sorang anak.
sebenarnya saya nak postpone lagi tapi setelah beberapa kali di desak.. cepat2 la datang merisik.. kang datang pulak farid kamil wanabe cucuk line.. pening kepala plak.

2.kete saya rosak lagi..kena general overhaul , gearbox dan itu ini.ni ngah pening.3 ribu tak lari punya.. 12 hari sangkut kat workshop. ni saya g keje naik motor. dah 4 tahun tak bawak motor jauh2. gayat betol naik motor.. sakit satu badan ni masa bawak motor. kl ke shah alam, jauh tu..

3. kesian kat k-e.. saya tak dapat anak buah.. kawan tu punya la berusaha bersungguh-sungguh sampai pucat lesi..tapi takde rezeki jugak.. tapi saya respek la kat si k-e ni. menjadi jugak. huh. tak sangka.. ingat kan cannot tapi sebenarnya can.

4.berat saya turun 2 kg.. hari tu naik sikit 5 kg.

5. hari tu beli kasut fila kat tempat jaja di glenmarie.. murah giler lah.. saya habis baru Rm30.00 dapat 2 kasut harga ratus ratus.. menyesal la sapa tak g.. kan jaja kan.. murah woo.. baju dia..perghhhh... harga ratus2 jadi belasan ringgit jek..

6.ni nak tanya ni.. k-e kawin bulan 7 ni kat terengganu sapa yang g?

7. apa lagi ek.. ooo.. saya dah potong dah astro hbo,star movie, kat umah.yela kawan2 semua dah banyak kawin

8. saya suke la tengok cite indon kat astro tu.. intan. skang kena selalu follow up. yela kawan2 semua dah banyak kawin

9. saya skang duduk umah jek. lik keje je dah tak kuar dah. duduk umah jek.. tengok tv je kat umah. yela kawan2 semua dah banyak kawin.

10. kat umah saya pakai kain pelikat jek. jarang pakai suar.yela kawan2 semua dah banyak kawin.

tok je paham.


tu jela kot.. skang emosi kurang stabil. dah la cuaca panas kat luar. macam2 hal plak datang. huh. potong mood betol la kete rosak ni.. ingat kan lepas merisik ni nak la angan angan dan berimiginasi dan membaca buku2 teori tertentu.. tapi.. potong betol la.

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com