Thursday, October 16, 2008

bateri


(pendahuluan)
kisah ni berlaku kira-kira dalam minggu ni gak. pada hari selasa lepas.. aku tak tau la apa punya malang la nasib ku pada hari tu.. semua dalam satu hari serentak.. panjang skit cite ni.

(isi perot)
pagi selasa tu memang tak cukup tido. aku tido dalam jam 3 pagi dan bangun semula awal pagi. memang mengantok sesangat pada hari selasa tu. ada 2 meeting yg aku kena pergi di kl. dah la masa nak odw dari s.alam ke kuala lumpur tu jammed giler.. baru aku tau kenapa cik yaya pergi kerje sebelum matahari terbenam sebab nak elak jam yg terok kat nkve tu.. dan nasib baik aku sampai on time jam 9 di bukit bintang..
lepas habis meeting tu pastu g lak jumpa ngan org korea.. debuk debak debuk debak ngan org winter sonata ni dah jam 12.00tgh hari.. aku kena balik semula s.alam nak ambik artwork pasal nak hantar kat kilang..
masa nak odw ke s.alam radio kereta aku tetiba je mati.. aku fikir radio aku dah rosak kot.. masa tu aku terpikir2 juga kenapa radio tetiba je rosak? emmmmmmm

sampai je s.alam, bertekak jap ngan seorang supplier ni sebab dia dunggu sangat.. aku cakap kuantiti 2000 unit dia g hantar 1000 unit.. bebal sungguh. dah kena buat semula benda tu..ntah cemana aku termarah plak supplier amoi ni. padahal sebelum ni aku manja2 skit dengan dia. jentik pun tak pernah ini kan pula marah marah..kecik hati dia ngan abang sul..dia panggil aku
sul.. agaknya penat sangat masa tu.dah la lapar giler masa tu.. tu yang kena tinggi suara ngan aku.


pastu aku bergegas nak ke damansara dari s.alam sebab ada barang urgent nak kena setelkan... bila ngah drive kete, radio tetiba je terbuka sendiri.. huh.. suspen gak.. tadi tetiba mati.. ada hantu ke apa... namun aku tak peduli.. aku terus bawak kete laju laju.. makin laju aku bawak makin lapar perotku.. aku tak tahan sangat lalu singgah sebentar kat kedai nasi sup di subang aiport tu..masa tu cuaca sangat2 panas.. berpeluh tubuhku ni.. sup dia memang sedap.. aku pun dah kenyang.. bila kenyang aku happy.. aku happy dan aku call amoi tu to say sorry.. dia pun say sorry balik kat aku.. pastu kita gurau senda dalam tepon.selesai masalah kecik kecik hati ni.. biasala org pompuan. tegur sikit dah merajuk..

pastu dapat plak sms dan call dari buah hati pengarang jantong sorang lagi ni.. aduh.. ni lagi pening kepala..orang tengah sibuk2 ni nak itu ini lah. lalu merajuk la si dia tapi gagal ku memujuk. tadi happy dan sekarng dah tak happy..

(klimaks)
cuaca yang panas terik ni buat kan aku takde mood langsung..memang instinct aku berkata hari ni memang hari malang giler..then aku pun ke kereta limo ku.. bila nak start enjin kereta.. tak hidup.. aku cuba lagi tak hidup.. dan cuba dan cuba dan cuba.. tak hidup2 jugak...huh.. tensennya aku..aku rasa kereta aku dah habis bateri. patutla radio tadi tetiba jek mati.. mungkin tu tanda2 awal bateri kereta ku nak kong..
aku terpaksa panggil hero kampung kita. abam k.e untuk hulurkan bantuan. nasib baik ada jumper kabel kat kereta aku. kalau dah ada jumper ni senang la sikit nak idupkan kereta.. then aku sambungkan wayar kabel bateri kereta k.e ke beteri kereta aku.

1.masa ngah sambung wayar tu tiba-tiba wayar kabel jumper tu tetiba berasap.. dan tiba2 penyepit kabel tu terputus pulak dah.. huh.. cap ayam punya jumper! pastu dengan kelam kabut dan muka dan badan yang berpeluh peluh dan cuaca yang panas aku paksa k-e cari wayar jumper baru di kedai berdekatan
2. masa ngah kelam kabut tu aku terus lock kereta dari dalam.. ALAMAK! kunci kereta tertinggal kat dalam.. huh..ah sudah.. makin kalut aku di buatnya.. abam k-e punya cerdik sampai dia suruh aku pecahkan cermin kereta untuk amik kunci tu..owh tidak..
3. aku pujuk abam k-e pergi ke rumah keluarga aku di k.lumpur untuk ambik kunci spare. rumah aku memang jauh tapi abam k-e terpaksa gak tolong aku.. time tu dia pun ada job urgent..tapi dia kena gak tolong sebab dia insan baik hati.
4. lepas ambik kunci dan beli bateri baru, aku sampai ke tempat kejadian.. lepas tukar je bateri baru.. kereta aku dapat start semula..huh.. aku terus peluk abam k-e dan ucapkan terima kasih pada beliau.. beri kan tepukan gemuruh pada abam k.e..then aku teruskan perjalan setelkan kerja2 aku..

5. pada waktu malam aku ada appoinment ngan customer di taman desa k.lumpur.. masa aku odw jumpa customer ni.. k-e call dan marah2 aku. "sampai hati kau tuduh aku k-e". bekalan elektrik di rumah sewa di potong katanya.. rumah gelap gelita.. semua dalam kepanasan sebab kipas takde.them aku terus call tnb.masa aku call tnb, dia kata rumah aku ada buat kecurian arus elekrik.. huh.. dan sekali lagi aku yang dipertanggungjawabkan. aku pun paham kenapa k-e marah.. yela balik2 kerja tetiba letrik takde.. aku nak marah balik pun tak boleh gak sebab dia dah tolong aku petang tadi..lepas berbual ngan pihak tnb baru aku tau.. owner lama buat kecurian litar pintas di panel elektik secara haram untuk menjimatkan bil elektrik.. tnb tanggung kerugian sebanyak seribu lebih..lepas dah bayar duit kerugian ni baru bekalan elektrik di masukkan.huh.lepas tu pulak dapat semula sms dari sorang buah hati ni..aduh ...pun sama jugak la macam kes abam k-e ni. nak marah marah.. pms kot.. semua benda tak kena..

6. lepas aku sampai di taman desa.. singgah sekejap dia shell..then nak terus kan perjalanan, tiba-tiba kereta aku tak boleh start lagi.. huh!!! apa punya bala daa. padahal baru je tukar bateri baru tu.. lagi sekali aku terpaksa jumper kereta ku semula..nasib baik aku dah standby jumper baru dan ada bateri spare dalam kereta..aku call pomen , dia kat autonater aku dah rosak.. kena tukar yang baru.. bateri aku tak rosak sebenarnya tapi yang lain pula rosak.. huh.. tak jadi aku jumpa customer dan terus aku pulang ke rumah keluarga aku di kl.. tak jadi balik ke rumah sewa sebab elekrik takde..

(penutup tin)
pulang ke rumah.. aku terus terduduk diam.. terfikir aku petikan kata2 dr fazilah kamsah " allah beri musibah ke atas kamu atas dosa-dosa lepas yang kamu yang lepas"
mungkin ni baru sikit je tuhan nak uji..
pikir2 balik.. agak nya mungkin aku selalu lewat solat subuh.. yela.. mana ada orang sembahyang subuh pukul 7.30 pagi macam aku selalu buat.. asyik qada jek.

dan mungkin aku ada buat salah kat tuhan atau orang kot..
renung sejenak..

21 comments:

Mademoiselle Cynicleopetra said...

selalu dulu mommi waktu production time mmg suwey giler...mcm2 berlaku agaknya kerja media nih mmg berhantu kot....printer rosak...system kaput...muntah belahak mcm2 kes lah...

apa-apa pun tabah kan hati mu zool...nak hug takleh harammm....

~ beaber ~ said...

eheheehe kekadang nak jadik citer mmg mcm tu ler hal2 keter nehh ..

syabas juwer dapat wat posting yg berjela jela...

hew hew hew lenkali boh pic arrrr

aku la ros said...

ni baru sehari nyer citer.. kalau 2-3 hari nyer citer cam ner la panjangnyer entry ni kan...

Unknown said...

memang puas hati baca....time dia deam...sangap jek...sekali hapdet...ngan mukadimah segala mala

Zu said...

tabah jugak ko zool mengahadapi dugaan...lenkali bangun solat subuh awl2 k

zool irfan said...

momi- betol la momi.. saya setuju betol.. memang berhantu pun.sia2 je rushing.. last2 tak siap jugak keje tu on time.

beabear- memang macam2 jadi bila nak cepat. kete rusak la, air cond tak sejuk la..

ros- hari ni free sikit.. tu yg panjang nak cite.

doordie- cover story untuk 1 bulan punya. hehe

zool irfan said...

zu - tabah sebab ada org nak sponsor nak cover kerusakan. hehe

sue cipot said...

nilah dikatakan dh jatuh ditimpa esbok pulak...

sllu kan mcm tu, kalo susah bganda2 dtg tp yg pelik time happy @ gaji npa xpnh bganda2 ek? hurmmm pelikla

yaya|azura said...

cian abam zool. abam fazz puji penulisan abam zool.. dia kata besh. apa pun, cikyaya kuar umah seblom matahari terbit not terbenam :P

*hugs* abam zool. mish u. best tadi dapat video call ngan abam zool, cuma tak besh nampak muke k.e ... spoilt my day.

har har har.

NaD said...

cian kat abam zool. setakat ni ciknad tak penah lagi dapat hari malang sedunia camtu. maybe sebab ciknad tak banyak dosa kot?? hew hew hew. Apepun semoga abam zool tabah menghadapi dugaan. =)

Pink Marie said...

hahahaha...!!
comel betul gaya penulisan abam sul.

tu la. panjang ceritanye. tp tak puas baca lagi. miss u oh abam.
byk plak org2 kg ni yg malang tetiba.

saba je la. turn mek tak tau bila.

as bha zammi said...

aku suka bila umah ko x dak elektrik,...nati boleh K.e dtg tido umah aku,....boleh aku tido sekali dgn dia,..muahahhaha........

sw337un73j4 said...

adehhh..baca kesah sehari dalam idop hincik zool ni..napas rasa semputss..pikiran jadi serabuts dan ati terasa mo menjeritt..tidakkkkk!!!!

he he he..kalo eden laa..mo dah terbongkang tepi jalan lepas histeria 3, 4 round.. :P

SitiNur said...

Penutup Tin?hahah pandai2 la Zul me-reka. Lenkali bangun awai skit,solat Subuh ok.Tak baik kalau slalu sbyg Subuh Gajah. Semoga dipermudahkan beban dan urusan Zul ok.

Dory said...

aku rase terjangkit dengan k.e la nasib xbrape baik ko ni.. ko sepak je k.e 3x, confirm di jauhkan segala musibah.. hehehe

zool irfan said...

sue - tu la pasal.. dah la jatuh kena pula terajang..

yaya- wajah yaya ceria di pagi hari.. matahari terbenam sekadar kosa kata.. hehe

nad - zool jarang kena macam ni.. sekali kena memang terok.. huh..

mek - doa mintak bg elak la perkara malang berlaku.

bha- k-e pun jadi.. masyallah..
tun- mintak bg jauh la segala beban

zool irfan said...

siti- saya dah insaf.. tapi pagi tadi terlajak lagi.. huhuh
dory- aku dah terambik malangh dia dan dia dah terambik luck aku.. hehe

zool irfan said...

siti- saya dah insaf.. tapi pagi tadi terlajak lagi.. huhuh
dory- aku dah terambik malangh dia dan dia dah terambik luck aku.. hehe

Tok Ketua said...

zool... u're the man!!!!...

camni la abam zool yg tok suka.. tabah menghadapi dugaan.. serabut tapi chill jek.. huhuhu..

nasib baik ada k.e yg sgt baik hati sanggup membantu kwn dlm kesusahan walaupun tgh tercirit time tu.. ngeh4x

k.e wallet aku tertinggal kt australia smlm.. ko tlg amik kan.. pls.. pls.. pls..

floweristachantress said...

sib baik zool ada kawan yg baik cam k.e tu

Khambeng Madu said...

sial fik...hahaha

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com