Wednesday, July 15, 2009

Phuket, Thailand














































































































































































































































































































































































































































































































































Phuket ni kali pertama aku pergi.. seronok jugak la..kitaorg pergi 4 orang jek.. tak ramai sebab staff cuma 2 org jek.. hahaha. save la sikit duit company tak yah spend banyak sangat.


cost tiket flight campur penginapan di hotel area patong beach termasuk breakfast untuk 4 orang hanya RM2200.00 sahaja.. so sorang dalam RM600.00 sahaja.


duit poket aku hanya tukar RM400.00 sahaja dalam anggaran 4000 bhat.




serius beb.. memang tak cukup langsung.. bayangkan nasi putih dah dekat 50baht@ RM5.00, yang lain2 tak yah cite la.. memang giler mahal la..




pastu plak sana memang susah nak cari tempat makanan halal.. setiap restoran dan kedai mesti ada masak babi..jadi kena la hati2 sikit cari kedai makan kat sana sebab semua kedai jual babi.. so kitaorg pun makan la kat kedai pak arab. kedai pak arab tak jual babi tapi ada jual arak sikit dan restoran tu kategori halal..bengap betol.. kat hotel aku pun hidang kan sosej babi masa breakfast.. omelet babi pun ada.. aku ni kuat makan.. putus selera makan.. last2 makan roti jek.. geli pulak nak makan nasi dan bihun goreng yang sedap itu..yela.. mana la tau bihun tu di goreng pada kuali yang sama..


tapi makan kat sana memang sedap.. dia punya tom yam wacakap lu.. memang tak jumpa kat msia. sedap siot.. huh.. pastu lobster .. huh lobster giler gedabak besar.. tapi kecewa betul tak dapat makan lobster tu.. yela. mahal pulak tu. dan takut tak halal plak.



Pandangan aku la kan kat puket tu..tak berapa sesuai sangat la kalau nak bawak anak bini g jalan2. memang gaduh la laki bini nak nak macam laki yang kurang iman nya.kalau nak pergi sana boleh.. tapi jangan la stay kat Patong Beach ni. korang boleh search internet .. sana memang tempat maksiat..lebih2 lagi kat BANGLA ROAD. dengan disko nya, dengan tempat urut nya, dengan tiger show nya.. memang stim je memanjang..dah la tempat urut dia murah giler.. huh.. kalau bukit ada ni mesti dia tak lepaskan peluang ni.. "paitin".. tapi untuk anak anak muda macam aku ni .. memang best la cuci mata.. hehehe.. nasib baik la aku pergi ngan bos serta isteri ni.. terasa la terkongkong sikit.. ni kalau pergi ngan member2. mau pecah teruna aku.. nasib baik dah tunang..


kat sana yang tak boleh lupa dan paling best masa kitaorg pergi pulau phi phi island dengan james bond island.. pakej 2 hari ni 3200baht sorang.. RM320.00 seorg. sini memang chill beb.. kalau pergi puket tapi tak pergi dia punya pulau memang tak lengkap trip.. sini kami enjoy sikit.. pakej sekali makan.. makanan halal dan sedap..


aku memang puji la layanan krew dan team bot yang bawak kami pergi ke james bond island.. mereka ni nampak je selekeh macam org nelayan tapi layanan dan servis mmg terbaik la.. memang puas hati.. dengan berakit, snorkling, bergambar, siap dia bagi bodyguard untuk jaga keselamtan kita sepanjang trip, siap joget joget masa last2 tu.. best r..


overall.. best gak la ke phuket ni. kalau nak g standby RM1500- 2000.00 sorang.. baru puas hati sikit.

tiket flight RM400.00 pergi balik (sorang) tgk pada promosi.

Hotel RM450.00 untuk 4 hari 3 malam ( share 2 org)

Makan RM50 untuk lunch dan RM50 untuk malam ( satu hari untuk sorang)

pakej trip untuk 2 hari RM320 -RM400 (sorang)

driver teksi, souviner dan lain lain (RM500.00)



walau macam mana pun, Medan indonesia jugak company trip yang terbaik.. mana tak nya.. semua staff nya kepala giler giler masa tu.


sekian ulasan saya..

















































































7 comments:

HambaMaya said...

pergh.. zool gi phuket.. pheeewiit...

Tok Ketua said...

mesti zool dpt servis baeekk...

Armando De Luca said...

kata mak aku... kami ada sedara kat phuket. tapi aku tak pernah sampai sana.

Dory said...

xcukup eh 400? hahahhahah

bha a.k.a. Supernova said...

baguh..hilang kn teruna anda disana..muahahahaha........

zool irfan said...

servis apa nya tok..
teruna lagi ni..

babybabyku said...

waaa....bestny jln2 mkn seafood :)

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com