Tuesday, February 10, 2009

selsema

hari ni saya tak berapa nak sihat la.
selsema, asyik bersin jek.
tak tahan selsema ni. hidung gatal jek..
dah basah dah tisu ni.. nasib baik k-e takde.. kalau tak saya selet kat dia.
saya tak selesa la.nak nak kat luar panas pulak tu.
saya selsema.. achoww!!

hari ni i tak keluar pun.
duduk dalam opis jek. hari ni tak busy sangat cuma lazy sedikit jek.
saya selsema.. achoww!!

hujung minggu ni saya nak ke mersing
ada sepupu kawin . kat felda tenggaroh. saya tak pernah ke sana
ni kira kali pertama la nak ke sana. mesti penat nanti bawak kereta kan.
saya selsema.. achoww!!

tadi masa makan tengah hari.. saya makan kat restoran ANI SUP UTARA, dekat TTDI Jaya shah alam. kedai ni dia baru je bukak .. dah seminggu beroperasi.
sedap gak dia punya bihun sup.RM 4.00 semangkok.
14 dan 15hb ni restoran ni buat promosi .. Bihun, mee, kuih tiau sama minuman kordial hanya RM2.00 sahaja. dari jam 11 pagi- 6 petang. sedap tau sup dia ni.
saya selsema.. achoww!!

malam tadi saja round round kat taman TTDI jaya ni.. masa tu saya lalu kat area masjid.
ternampak macam ada orang nak belajar silat.
saya amat tertarik lalu saya tanya org di sekililing itu.
dorang kata itu silat SENAMAN TUA. emmm..
senaman ni bagus tau.. saya pernah g kelas dia.. tapi cuma satu hari saja.
saya ingat nak masuk la.. org kata senaman ni untuk menjaga kesihatan.
kesihatan luar dan DALAM.. emmm.. bagus untuk org yang nak berumahtangga.
saya nak join lah nanti..jum kawan2 kita join. tapi ni untuk Lelaki sahaja.
saya selsema.. achoww!!

Saya suka berenang.. semalam saya pergi ke kolam renang akuatik shah alam.
saya pun berenang.. kejap je berenang.
pastu saya balik ke opis semula.
lepas tu balik rumah.
saya selsema.. achoww!!

Baru jap tadi saya kuar jap.
pergi ke kedai
membeli air tin 7 up.
kata org air ni dapat mengurang selsema.
ni dah tinggal sikit pun air ni.
saya saja je nak habis kan sebab saya nak buang tin dia.
kalau org nampak nanti, dia kata saya tak ingat pun orang belakang.
saya selsema.. achoww!!

Hari ni saya balik rumah pukul 5 pm.
korang balik rumah pukul berapa?
mesti lewat kan
rumah saya dekat jek.
4 minit dah sampai dah kat rumah.
ni nak tunggu sampai kul 5 la ni
lama pulak rasa nya
saya selsema.. achoww!!

saya ngah boring ni..
saya tak tau nak buat apa ni
nak tido jek
saya selsema.. achoww!!

ha! ni nak cite sedih ni.
saya sampai hujung bulan 2 ni.. saya dah tak menyewa dia TTDI Jaya S.Alam.
saya kena kuar rumah sebelum hujung bulan ni
yela. k-e kan dah nak kawin. pasni dia mesti duduk ngan isteri dia dan dah tak duduk ngan saya..
pasni sunyi la idup saya.. kena la saya berulang alik dari KL ke S.Alam.
biasa saya bangun tido jam 8.30am lepas ni kena bangun 7.00 am la nampaknya. saya dah rugi hampir 1 setengah jam tido saya.

k-e ada offer saya. dia kata saya boleh menetap dan menyewa sekali di rumahnya lepas kawin nanti..
saya confius gak k-e ni ..
betul ke dia nak saya stay sekali ngan dia.
dia tak takut ke. yela. mana tau kalau dia tak boleh nak perform pada malam malam syurga nya. nanti saya yg jadi mangsa.. saya tak nak. saya tak rela..
saya selsema.. achoww!!

emm.. so apa lagi saya nak cerita.
ha.. nanti saya nak g servis kereta la..
dah cukup 4 bulan tu.
kena servis tu.
saya selsema.. achoww!!

oh ye.. semalam saya dah basuh pakaian.
saya pakai mesin basuh manual
saya pakai sabun dynamo
jemur kat tingkap umah malam semalam.
harap2 balik ni dah kering la.
pakaian dah takde dah ni.
suar dalam pun tinggal satu ni je ni.
saya selsema.. achoww!!

ok lah. dah jam 4 petang ni..
lagi sejam dah nak balik dah..
tak sabar nak lipat kain baju.
ok jumpa lagi..
bye.
saya selsema.. achoww!!

9 comments:

Khambeng Madu said...

muahahahaha..meh laa zool..jgn merajuk..meh duduk ngan aku...

Tok Ketua said...

zool kalo ko x nak duduk ngan dia aku rela jer...

muahahahahaha..hhhaaa..choowwww... (hingus meleleh)

Dory said...

hahahha.. baik2 zool, kang ko lak jadi mangsa.. org nak kawin ni lain macam sket pgai dia..

Peraih udang dari Zimbabwe said...

K.e ni kawan sejati, cayalah!

zool irfan said...

k-e..
kau leh percaya kan aku.
biar la aku stay ngan kau sekali.
kita kan dah macam keluarga
sama sama susah.. sama sama sedap la..
hehehe
wink wink. oh ye bebeh

Zu said...

adoi penat baca..... achooo....

KitKet said...

berapa banyak punya achoww daa..
habis melekit blog ni ha

Khambeng Madu said...

demmmmmmmmmm...!! sama2 sedap utak ko..! eeee..geram aku..huhuh

SilverFerio said...

makan la kortal

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com