Thursday, February 12, 2009

hari ni hari jumaat

emmm.. saya sebenarnya dalam 2 3 hari ni saya macam malas jek
minggu ni saya tak berapa nak agresif seperti minggu2 yang sudah
emmm. nak kata malas. rajin jek. siap je semua keje
saya buat keje memang gila barbie focus punya.
tapi minggu ni rasa semacam la.. macam tak best je ni..

saya cuba gak mengkaji kenapa saya semacam down jek
mungkin saya dok pk..saya sunyi kot.
yela. pasni saya dah tak duduk ngan k-e dah.
tak leh nak tgk muka dia setiap malam sebelum tido,
tak leh nak gurau2 macam biasa.
kita org kalau gurau main tarik2 seluar lalu suruh bunyi ayam berkokok.
gurau mesti ganas punya. biasa lah. budak remaja,
pasni tak leh rasa lauk k-e masak
tak leh nak chill sangat ngan dia
tak leh nak teman dia bila di memerlukan saya.
tak leh nak main hantu hantu lagi, k-e ni penakut orangnya. selalu gak sakat dia main hantu hantu sampai di nangis. tapi selepas dia ada penyakit tekanan darah tinggi.. eh tekanan darah rendah, saya dah slow skit sakat dia.. karang masuk hospital gak budak kecik tu.

dah la skang ni payah nak jumpa tok. tok sentiasa mencuba skill2 baru nya. tak kan saya nak cedok skill nya kot.ngan sapa harus sy mempraktik kan nya. baha plak dia ngan dunia dia.biasala, budak universiti ni sibuk sikit. jadi saya tak nak ganggu dia sangat. nak jumpa bukit bukan main jauh rumahnya dan nak parking kat umah dia pun payah.. along plak sibuk ngan keje dia. along jam 5.30am g keje sampai rumah kul 9.30pm. sian dia.. penat dia cari rezeki bertungkus lumus nak kumpul wang . along pun dia nak tunang gak tu tak lama lagi.

maka lepas ni saya sorang2 je lah tanpa teman.
saya pun nak kawin gak ni. tapi. nanti2 la dulu. jiwa saya perlu di semai ngan nilai-nilai kesabaran dan keimanan dulu baru saya bersedia nak kawin.
skang ni pun saya dah tak boleh nak berjoli sangat. kalau dulu selamba je nak berjoli chill sana sini. skang kena banyak kumpul wang. focus pada benda free je skang ni. yang bayar2 tak mau.

skang usia saya dah 27 tahun.. badan pun dah naik. dulu muka muda jek.body slim je berotot sana sini.. misai tak pernah cukur pun. sebab misai tak tumbuh sangat. skang ni dah start kena cukur misai ngan janggut. badan pun dah berlemak sana sini. tido pun dah berdengkur. boleh je nak grooming kalau nak. tapi takpe lah. saya lebih selesa dgn keadaan sekarang ni. kalau saya hensem sangat pun. payah plak . nanti ramai tergila gilakan saya. payah plak nak handle. aa cewah gitu.. hehehe

ni nak cerita pasal cinta plak.. jarang saya nak sentuh dan cerita bab bab ni..
cinta luas maknanya dan saya nak cerita cinta tentang manusia sesama manusia antara dara dan teruna. ni kisah saya ni.
eh..
tak jadi nak cerita..
bos dah panggil plak. ada meeting. lepas solat jumaat nak g parlimen.
potong stim plak. idea ngah banyak ni. mood nak cerita ngah kobar2 ni.
nanti2lah saya sambung ek.

16 comments:

aku la ros said...

setia menanti versi kedua entry ni...

Zu said...

cpt2 la kawen kalau sunyi sgt:D

KitKet said...

ceis.. org dah semangat nak baca.. potong stim betul boss zool neh

Tok Ketua said...

zol cepat lah smbg lagi.. cepat laaa...

Gee said...

k.gee pun nak tunggu sambungan ni :D

Pink Marie said...

heheheheheheheheee...

sian abam zool kesunyian. k.e tamo pembantu rumah ke?

NaD said...

abam zool, sila tepek gambo barang skeping dua. windu nak tingok muka abam zool :P

SilverFerio said...

kekekek... mcm citer yati petir gak,,, seteng jer

Dory said...

xsaba aku nak tunggu sambungan nye nih! hahahaha

zool irfan said...

tu la.. sikit punya hal pun nak meeting.

tapi kan.. malu nak cite. ihiks.

Mem Aluya said...

Abam Zool ni selalu cenggitu... janji nak citer, langsung tak citer... tapapa jer...

SitiNur said...

Ct dah tgk gambar zul dgn si dia kat fb..hehe

Tak sabar jugak nak baca sambungan cita ni..

Khambeng Madu said...

tgh tggu zol dlm selimut kat belakang pintu..! hehehe

Mrs Jaja said...

zool ko tak nak link blog aku ke? kenapa ape kah?

HambaMaya said...

sedih la plak baca..

HambaMaya said...

mana sambungan nih.. seminggu tggu dah nih?

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com