Wednesday, August 20, 2008

Renyai..

hari ni hari khamis.
best giler hari ni..
pagi ni dingin sangat.
hujan jek kat luar tu
sejuk jek hari ni..
air cond pun sejuk je ni..
rasa syahdu jek

Sunday, August 17, 2008

kenduri kahwin gak



aku pun banyak gak g kenduri kawin bulan ni..dan tahun ni paling banyak g majlis perkahwinan org..

semalam aku g jelebu negeri sembilan.. pertama kali sampai sana kat kampung melayu spertang.. panas dia kat sana memang yang amat. tapi nasib baik banyak pokok pokok hutan meredupkan suasana panas di sana.. majlis kahwin kat situ memang sempoi giler.. cuma pasang 3 canopy jek..tapi dorang punya layanan memang best.. pelamin pun cantik.pasangan pengantin pun cantik jek.. dia punya lauk pauk memang best tapi aku tak dapat makan habis sebab pedas giler.. basah songkok aku sebab peluh...

memang seronok tengok majlis perkahwinan kat situ serba sederhana tapi meriah...
lepas habis je majlis perkahwinan di negeri sembilan terus aku datang ke rumah tok di klang selangor..kami ada bincang skit pasal majlis tu nanti..
huh.. macam tak sangka je tok nak jadi somi org.. dah ada org nak take care kat tok. tolong basuh seluar jeans dia.. tolong kemas dan lipat boxer dia.. ada org tolong belai rabut dia..
benar ke tok dah nak kawin..
dah la tok macam tu.. mampu ke? larat ke? ada tenaga ke? bertahan lama ke? long lasting ke?

apa pun syabas buat tok.. aku cuba buat yang se style yang mungkin dalam majlis tok nanti.

buat k-e kambing.. woii.. baik kau g urut...tak kan nak biar macam tu selama lamanya..

Monday, August 11, 2008

Musang..


semalam berangan nak makan pisang.. hari ni dah dapat pun makan pisang..
semalam sorang2 skang dah berdua..
semalam bawak jeep skang bawak kete
semalam merah hari ni biru..

semalam busan, skang dah macam cipan
semalam busuk, hari ni wangi
semalam berbulu, hari ni botak
semalam bercukur, hari ni tumbuh balik
semalam kering, hari ni dah basah
semalam mimpi tok, hari ni mimpi adriana..

opssss.... terlebih sudah..

malam tadi sejuk tapi kenapa hari ni panas giler..

terbakar kulit kepala ini mencurah kepanasan air menggelegak di atas kepala melecur habis kulit isi rambut kepala kena air matahari panas mendidih tak hinggat dunia..
damn... panas gilerr..

Tuesday, August 5, 2008

Resdung lagi ,Mendung je petang ni.Dah tak bz lagi



assalamualaikum semua...

pekaba kamu orang semua.. sihat2 ye.. tok apa khabar, akak tiri pe kaba, mamaket pekaba, yaya n yana zool pekaba, mami mok pekaba, siti pekaba, baha pekaba, abam dory pekaba,sue pekaba, bil pekaba, nad pekaba, kawan2 lain semua pekaba, yang dok intai2 tu pun pekaba,
harap semua sihat2 sejahtera.. zool disini dah kurus sihat sentiasa..

saya baru2 ini agak sibuk sikit dengan kerja dan lain2 hal.baru2 ni ada kat stadium merdeka ada buat event world marching band competition..berminggu2 kami all out jayakan event ni..last2 bukan berjaya sangat pun.. ok ok jek..sebab tak ramai sangat org minat pancaragam ini. stadium pun tak penuh sangat.. o
saya jaga dia punya bahagian printing and promotion item dia.. giler busy.. event tu punya pasal sampai jammed satu kl..tapi tak la jammed sangat sebab satu jalan je tutup.



berkenaan dengan kesihatan ayah saya.. kini sakit jantung dia dah pulih sikit sikit..teruk jugak jantung dia tu.. sampai 4 salur darah jantung hampir tertutup.. lepas doktor letak stand kat salur darah dia.. baru la ok sikit.. mujur doktor tak buat pembedahan by pass kat jantung dia macam dr mahadir kena dulu..risau takut kena completion.

ayah saya menerima rawatan di hospital Prince Court Medical Centre di kolumpo.. memula tu dia buat rawatan kat hospital serdang tapi kat situ lama sangat nak tunggu Q.. doktor nasihat dia soh buat cepat2 sikit sebab dah terok..huh.. time tu saya berdebar giler dan rasa macam nak putus nyawa dengar sakit ayah saya dah tahap kritikal. kalau boleh nak jek kasi derma organ saya pada dia. saya takde pun takpe la asal dapat berkorban untuk dia walaupun ia mustahil..
terima kasih la untuk Doktor Yap.. dia ni pakar sakit jantung.. kat london dulu hampir 1000 pesakit dia rawat untuk jantung..kami pun confiden la sikit setelah tengok rekod dia.. akhirnya rawatan indoplasti itu berjaya.. tidak sampai 1 setengah jam pun doktor tu buat.. dengan bangga doktor tu cerita kat kami yang dia ni memang terer giler..tapi memang betul pun dia ni terer.. bukan calang org leh buat rawatan ni. kalau doktor kat hospital serdang tu, dia suruh bedah jek jantung tu.. giler ke apa nak bedah ngan pisau kat jantung ayah aku..dorang ni nak benda senang jek.. ingat benda ni macam bedah tikus ke.
tapi kat Prince Court ni ok la skit.. bukan skit tapi ok banyak..dan kos rawatan dia.. huh.. umang aih.. leh beli cash sebiji waja 1.8 cps cam pro. tapi apala sangat dengan harga sebuah waja berbanding sebuah nyawa..

ini ada nasihat sikit nak dikongsi. kalau ada sedara mara terdekat yang ada sakit jantung. cepat2 la dapatkan rawatan.. skang ni dah moden.doktor kat malaysia ni pun banyak yg power2. tak perlu nak bedah2 pakai pisau.. dan.. sesiapa yang belum ada insurans tu..cari la mana2 ejen insuran dan syarikat insurans yg ok sikit.. papahal jadi malapetaka nanti senang nak kautim..

kini alhamdullilah..wajah ayah saya dah ceria dan hensem sikit.dah tak pucat macam dulu.. mulut pun dah tak berbau lagi.. wangi jek. itu satu bonus untuk mak saya untuk manja-manja.
rokok benson tiada lagi di rumah. ashtry pun dah tak nampak dah. dah jarang dah org call dia ajak chill malam2, minyak masak pun dah tukar yang mahal sikit,kekadang saya balik umah selalu makan bubur ngan sayuran dan lauk tawar serta teh o tawar. dulu saya selalu gak buat kerek kerek ngan ayah sihat.. tapi kini tidak lagi.. sekarang bila dia soh saya picit atau urut dia.. tanpa banyak soal dan wajah nak tak nak senyum terus saya picit dia..kalau dulu buat-buat tak dengar jek..
saya sayang kat bapak saya ngan isteri dia gak. semuga panjang la umur kedua mak ayah saya dan kepada mak ayah kamu semua yang mana masih ada lagi..skang ni leh consider saya ni anak bapak lah.. jadi hamba dia pun saya tarak hal punya.. asalkan bapak saya chill sentiasa.


oklah.. saya pun dah lama tak wat follow up kat org2 kampung..cemana la agak nya korang semua..nak p jengok korang jap..

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com