Thursday, June 25, 2009

saraf otak..



Masa kat simpang nak masuk jalan jelatek.. yang kat depan trafic light tu, bersebelahan pula dengan stesen LRT Jelatek.. yang kat sebelah kiri ada nampak satu lorong sehala lawan arah nak masuk keramat dan di belah kanan jalan raya nak menuju ke kuala lumpur.. Tak paham ek..

ok macam ni.. kalau dari KLCC nak ke Jalan Jelatek.. Ikut jalan ampang .. jalan terus dan akan jumpa 2 trafic light.. trafic light pertama akan nampak petronas dan shell dan kat belakang shell tu ada tempat car wash dan disebelah car wash yakni berdepan dengan laluan masuk ke tempat car wash tu ada toilet wanita dan lelaki.
ok. dah jumpa trafic light pertama jalan terus dalam 500 meter bersamaan dengan 50,000 sentimeter akan jumpa trafic light ke dua . di sebelah kiri ada nampak kete dan kat sebelah kanan akan nampak kete.. kasi hon banyak kali.. kalau tak hon karang dorang tak nak ke tepi.. lepas dan hon tu terus masuk kiri cepat2.. dalam 200 meter baru jumpa simpang masuk ke jalan jelatek..
dah sampai...

Wednesday, June 24, 2009

Bercuti lagi

Lama betul aku tak update blog ni.. takde idea siot...ni

ni aku nak taip pun tak tau nak cakap apa sebab banyak sangat nak cerita ni.. jap nak ambik mood..

sinetron..
korang tengok tak drama INTAN kat astro tu.. aku follow cerita tu.. dah mak aku hari2 tengok cite tu sampai kan aku pun terjoin gak tgk cite tu.. tiap hari pukul 11 malam aku kena ada kat umah duk depan tv. owh lupa.. aku skang duk ngan mak ayah aku.
bagi aku cite ni memang bangang nak mampus.. bodohnya intan tu dan jalan cerita tu tak logik dan menyakitkan hati.. yang peliknya aku tetap nak tgk cite tu.. sedap dia lain macam sikit..

Isu baju.
aku dah dapat dah t shirt kampung .. mana yang belum dapat tu. hello hello la kat tok.. dia plan nak nak bagi sekali harung je tapi masing2 banyak urusan tersendiri..
memang puas hati dan cantik la baju tu.. mengikut pengiraan aku kan, baju tu sebetolnya rege dia leh ke RM20.00 tau.. tapi kita hanya membayar RM10.00 jek. mekasih atas keiklasan pembuat baju tu..

K-e..
huh... tak bleh bla.. cuai betol..(jangan marah bang .hehehe)


tok..
tok sekrang ni sedang gigih berusaha tanpa kenal putus dan asa.. everyday pagi dan malam including siang on weekend.
sama sama la kita doakan kejayaan tok ye kengkawan..

Bercuti..
wei.. ni aku tak cerita lagi ni.. 28hb jun - 1 july ni aku holiday di phuket. ni company trip yang ke 5 kot aku g. tapi g phuket 1st time.. tak sabar rasanya ni nak g..biasa tengok gambar dan dengar org bercerita ni.. kali ni aku sendiri yang g. tak sabar siot...
nanti aku cekidout betol2 pastu aku bagi report kat korang sedetail nya..

Bertunang..
insyallah kalau takde apa apa hal... aku tunang 11 july ni. sejujur nya aku takot sikit la..walaupun tunang je kan.. mintak2 la takde lah kes cerai berai ni..biar lah tunang sekali dan kawin pun sekali.. kengkawan semua di jemput hadir juga ye..

ok.. aku dah update..

Wednesday, May 20, 2009

11 july

ni bila ni!!

baju bila nak bagi ni..? tok mana tok.. papahal yang kena tok. ???
walaupun kena sabar, tapi dah tak sabar ni..

11 july 2009 ni. i nak semua pakai baju rasmi kampung kita.
majlis rasmi i masa tu .
ya 11 july
11 july 2009 ye ingat.. 11 july.. ya 11 july.

Tuesday, May 19, 2009

sempadan...

Di lahirkan di Rantau Panjang Kelantan dam di besarkan di Kuala Lumpur..

aku nak declare aku ni anak kelantan ke atau budak kl.. memang aku warga malaysia pun. tapi yang benar nya aku ni kelantan ke kl.. aku faham loghat kelantan biar sepekat atau selaju mana pun mereka bercakap aku tetap faham tapi aku tak fasih bercakap.. kalau aku cakap kelantan habis bercampur loghat, Pekan, kuantan dan terengganu.. kampung aku kat kelantan dekat sempadan thailand.kalau ikut rumah kampung aku dulu2. ruang tamu aku sempadan malaysia, dapur ngan tandas aku tu sempadan thailand.
kiranya dulu thailand ni tempat aku berak buat najis mutawasitah jek.. tak heran dah dok thailand. tapi sekarang rumah kampung aku pun dah takde, dah jadi pejabat imigresan ngan hentian stesen keretapi. sedara mara pakcik pakcik semua belak emak dah tak tinggal di situ. semua dah pulang ke india dan dubai dan langsung tak balik2 malaysia dah. yang balik pun ada la sorang dua, harta2 dan semua tanah2 di kelantan telah di jual sejak kematian tok ki aku 30 tahun yg lalu.yang tinggal pun hanya 2 3 rumah tapi ada kaum kerabat yang duduk free jek tak bayar apa apa.kalau kami sekeluarga pulang ke kelantan terpaksa menyewa hotel di kota baru

terpikir gak . nanti bila aku dah ada anak.. dorang mesti takde kampung. kampung mak ayah semua kat kl.

time raya mesti dorang mesti takde feel nak beraya.. yela.. mana ada kampung.. pastu kena ejek..
macam k-e ejek aku..loser je masa tu.

Monday, May 11, 2009

salam semua

Pekaba kepada ahli keluarga yang saya sayangi semua..
lama dah saya tak update blog..
saya x nak bagi alasan kenapa.. karang kalau saya cakap sibuk.. yaya dan lain lain semua lagi sibuk. ada je masa update blog.. jadi saya takmo bagi alasan..

nak cite ni.
1. mak ayah saya dah g merisik bakal permaisuri hari ahad lepas 10/5/2009. malu nya masa tu. tak tau nak letak mana muka ni. malu lah. tu baru merisik pun dah malu. apa la zool ni. tunang bulan julai ni kot.. nanti saya beri tahu la ek kalau dah confirm. kalu kengkawan ada masa.. sama sama la kita meraikan nya. "Kalau" jodoh saya panjang dgn si dia.. taun depan bulan november kalau ada rezeki, dapat la saya sorang anak.
sebenarnya saya nak postpone lagi tapi setelah beberapa kali di desak.. cepat2 la datang merisik.. kang datang pulak farid kamil wanabe cucuk line.. pening kepala plak.

2.kete saya rosak lagi..kena general overhaul , gearbox dan itu ini.ni ngah pening.3 ribu tak lari punya.. 12 hari sangkut kat workshop. ni saya g keje naik motor. dah 4 tahun tak bawak motor jauh2. gayat betol naik motor.. sakit satu badan ni masa bawak motor. kl ke shah alam, jauh tu..

3. kesian kat k-e.. saya tak dapat anak buah.. kawan tu punya la berusaha bersungguh-sungguh sampai pucat lesi..tapi takde rezeki jugak.. tapi saya respek la kat si k-e ni. menjadi jugak. huh. tak sangka.. ingat kan cannot tapi sebenarnya can.

4.berat saya turun 2 kg.. hari tu naik sikit 5 kg.

5. hari tu beli kasut fila kat tempat jaja di glenmarie.. murah giler lah.. saya habis baru Rm30.00 dapat 2 kasut harga ratus ratus.. menyesal la sapa tak g.. kan jaja kan.. murah woo.. baju dia..perghhhh... harga ratus2 jadi belasan ringgit jek..

6.ni nak tanya ni.. k-e kawin bulan 7 ni kat terengganu sapa yang g?

7. apa lagi ek.. ooo.. saya dah potong dah astro hbo,star movie, kat umah.yela kawan2 semua dah banyak kawin

8. saya suke la tengok cite indon kat astro tu.. intan. skang kena selalu follow up. yela kawan2 semua dah banyak kawin

9. saya skang duduk umah jek. lik keje je dah tak kuar dah. duduk umah jek.. tengok tv je kat umah. yela kawan2 semua dah banyak kawin.

10. kat umah saya pakai kain pelikat jek. jarang pakai suar.yela kawan2 semua dah banyak kawin.

tok je paham.


tu jela kot.. skang emosi kurang stabil. dah la cuaca panas kat luar. macam2 hal plak datang. huh. potong mood betol la kete rosak ni.. ingat kan lepas merisik ni nak la angan angan dan berimiginasi dan membaca buku2 teori tertentu.. tapi.. potong betol la.

Thursday, February 12, 2009

hari ni hari jumaat

emmm.. saya sebenarnya dalam 2 3 hari ni saya macam malas jek
minggu ni saya tak berapa nak agresif seperti minggu2 yang sudah
emmm. nak kata malas. rajin jek. siap je semua keje
saya buat keje memang gila barbie focus punya.
tapi minggu ni rasa semacam la.. macam tak best je ni..

saya cuba gak mengkaji kenapa saya semacam down jek
mungkin saya dok pk..saya sunyi kot.
yela. pasni saya dah tak duduk ngan k-e dah.
tak leh nak tgk muka dia setiap malam sebelum tido,
tak leh nak gurau2 macam biasa.
kita org kalau gurau main tarik2 seluar lalu suruh bunyi ayam berkokok.
gurau mesti ganas punya. biasa lah. budak remaja,
pasni tak leh rasa lauk k-e masak
tak leh nak chill sangat ngan dia
tak leh nak teman dia bila di memerlukan saya.
tak leh nak main hantu hantu lagi, k-e ni penakut orangnya. selalu gak sakat dia main hantu hantu sampai di nangis. tapi selepas dia ada penyakit tekanan darah tinggi.. eh tekanan darah rendah, saya dah slow skit sakat dia.. karang masuk hospital gak budak kecik tu.

dah la skang ni payah nak jumpa tok. tok sentiasa mencuba skill2 baru nya. tak kan saya nak cedok skill nya kot.ngan sapa harus sy mempraktik kan nya. baha plak dia ngan dunia dia.biasala, budak universiti ni sibuk sikit. jadi saya tak nak ganggu dia sangat. nak jumpa bukit bukan main jauh rumahnya dan nak parking kat umah dia pun payah.. along plak sibuk ngan keje dia. along jam 5.30am g keje sampai rumah kul 9.30pm. sian dia.. penat dia cari rezeki bertungkus lumus nak kumpul wang . along pun dia nak tunang gak tu tak lama lagi.

maka lepas ni saya sorang2 je lah tanpa teman.
saya pun nak kawin gak ni. tapi. nanti2 la dulu. jiwa saya perlu di semai ngan nilai-nilai kesabaran dan keimanan dulu baru saya bersedia nak kawin.
skang ni pun saya dah tak boleh nak berjoli sangat. kalau dulu selamba je nak berjoli chill sana sini. skang kena banyak kumpul wang. focus pada benda free je skang ni. yang bayar2 tak mau.

skang usia saya dah 27 tahun.. badan pun dah naik. dulu muka muda jek.body slim je berotot sana sini.. misai tak pernah cukur pun. sebab misai tak tumbuh sangat. skang ni dah start kena cukur misai ngan janggut. badan pun dah berlemak sana sini. tido pun dah berdengkur. boleh je nak grooming kalau nak. tapi takpe lah. saya lebih selesa dgn keadaan sekarang ni. kalau saya hensem sangat pun. payah plak . nanti ramai tergila gilakan saya. payah plak nak handle. aa cewah gitu.. hehehe

ni nak cerita pasal cinta plak.. jarang saya nak sentuh dan cerita bab bab ni..
cinta luas maknanya dan saya nak cerita cinta tentang manusia sesama manusia antara dara dan teruna. ni kisah saya ni.
eh..
tak jadi nak cerita..
bos dah panggil plak. ada meeting. lepas solat jumaat nak g parlimen.
potong stim plak. idea ngah banyak ni. mood nak cerita ngah kobar2 ni.
nanti2lah saya sambung ek.

Tuesday, February 10, 2009

selsema

hari ni saya tak berapa nak sihat la.
selsema, asyik bersin jek.
tak tahan selsema ni. hidung gatal jek..
dah basah dah tisu ni.. nasib baik k-e takde.. kalau tak saya selet kat dia.
saya tak selesa la.nak nak kat luar panas pulak tu.
saya selsema.. achoww!!

hari ni i tak keluar pun.
duduk dalam opis jek. hari ni tak busy sangat cuma lazy sedikit jek.
saya selsema.. achoww!!

hujung minggu ni saya nak ke mersing
ada sepupu kawin . kat felda tenggaroh. saya tak pernah ke sana
ni kira kali pertama la nak ke sana. mesti penat nanti bawak kereta kan.
saya selsema.. achoww!!

tadi masa makan tengah hari.. saya makan kat restoran ANI SUP UTARA, dekat TTDI Jaya shah alam. kedai ni dia baru je bukak .. dah seminggu beroperasi.
sedap gak dia punya bihun sup.RM 4.00 semangkok.
14 dan 15hb ni restoran ni buat promosi .. Bihun, mee, kuih tiau sama minuman kordial hanya RM2.00 sahaja. dari jam 11 pagi- 6 petang. sedap tau sup dia ni.
saya selsema.. achoww!!

malam tadi saja round round kat taman TTDI jaya ni.. masa tu saya lalu kat area masjid.
ternampak macam ada orang nak belajar silat.
saya amat tertarik lalu saya tanya org di sekililing itu.
dorang kata itu silat SENAMAN TUA. emmm..
senaman ni bagus tau.. saya pernah g kelas dia.. tapi cuma satu hari saja.
saya ingat nak masuk la.. org kata senaman ni untuk menjaga kesihatan.
kesihatan luar dan DALAM.. emmm.. bagus untuk org yang nak berumahtangga.
saya nak join lah nanti..jum kawan2 kita join. tapi ni untuk Lelaki sahaja.
saya selsema.. achoww!!

Saya suka berenang.. semalam saya pergi ke kolam renang akuatik shah alam.
saya pun berenang.. kejap je berenang.
pastu saya balik ke opis semula.
lepas tu balik rumah.
saya selsema.. achoww!!

Baru jap tadi saya kuar jap.
pergi ke kedai
membeli air tin 7 up.
kata org air ni dapat mengurang selsema.
ni dah tinggal sikit pun air ni.
saya saja je nak habis kan sebab saya nak buang tin dia.
kalau org nampak nanti, dia kata saya tak ingat pun orang belakang.
saya selsema.. achoww!!

Hari ni saya balik rumah pukul 5 pm.
korang balik rumah pukul berapa?
mesti lewat kan
rumah saya dekat jek.
4 minit dah sampai dah kat rumah.
ni nak tunggu sampai kul 5 la ni
lama pulak rasa nya
saya selsema.. achoww!!

saya ngah boring ni..
saya tak tau nak buat apa ni
nak tido jek
saya selsema.. achoww!!

ha! ni nak cite sedih ni.
saya sampai hujung bulan 2 ni.. saya dah tak menyewa dia TTDI Jaya S.Alam.
saya kena kuar rumah sebelum hujung bulan ni
yela. k-e kan dah nak kawin. pasni dia mesti duduk ngan isteri dia dan dah tak duduk ngan saya..
pasni sunyi la idup saya.. kena la saya berulang alik dari KL ke S.Alam.
biasa saya bangun tido jam 8.30am lepas ni kena bangun 7.00 am la nampaknya. saya dah rugi hampir 1 setengah jam tido saya.

k-e ada offer saya. dia kata saya boleh menetap dan menyewa sekali di rumahnya lepas kawin nanti..
saya confius gak k-e ni ..
betul ke dia nak saya stay sekali ngan dia.
dia tak takut ke. yela. mana tau kalau dia tak boleh nak perform pada malam malam syurga nya. nanti saya yg jadi mangsa.. saya tak nak. saya tak rela..
saya selsema.. achoww!!

emm.. so apa lagi saya nak cerita.
ha.. nanti saya nak g servis kereta la..
dah cukup 4 bulan tu.
kena servis tu.
saya selsema.. achoww!!

oh ye.. semalam saya dah basuh pakaian.
saya pakai mesin basuh manual
saya pakai sabun dynamo
jemur kat tingkap umah malam semalam.
harap2 balik ni dah kering la.
pakaian dah takde dah ni.
suar dalam pun tinggal satu ni je ni.
saya selsema.. achoww!!

ok lah. dah jam 4 petang ni..
lagi sejam dah nak balik dah..
tak sabar nak lipat kain baju.
ok jumpa lagi..
bye.
saya selsema.. achoww!!

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com