Sunday, September 21, 2008

kerja keras

hujung minggu semalam
saya banyak habiskan masa di rumah.. tak kuar pun dari rumah..betol.. duduk umah jek tak kuar2.. kalau keluar pun hanya beli beras ngan kicap jek.. mak suruh beli. punya la soleh saya semalam. berduyun2 org ajak lepak di luar namun saya tetap nak duduk rumah.. nak berehat kununnya.. nak tido dan tido dan tido dan kemudian bangun kul 7pm.. bangun2 je terus bukak posa.. cam tu le perasaanya..

punya la syok tido di awal pagi jam 8.30pg. dengan bilik yang sejuk berhawa dingin bertahktakan tilam yang empuk 3 inci..berselimut tebal kain cotton 100%. bantal sampai 5 biji berselerak.. bantal peluk panjang 6kaki tu saya peluk, kepit erat kemas2. berseluar pendek tak berbaju.. nasib baik bulan posa sy tak membayangkan apa2
ketika erat memeluk bantal peluk..wink wink.hehe
huh nikmat sungguh air liur basi di pagi hari
tetapi...
sedang enak tido. kakak saya yang sarat mengandung tu bising2 suruh lap kipas siling.. berdesing telinga ni mendengarnya.. petang2 sikit la kalau nak lap pun. memandangkan anak saudara saya ada dalam perutnya, jadi saya tak bisa melawan.saya pun bangun lepas tukar seluar terus lap kipas..huh..
namun begitu.
satu kejadian tak diingini berlaku.. tengah hai mamai masa lap kipas tu.. tetiba banjir plak umah saya..terkejut jugak! bayangkan. takde hujan petir apa semua tetiba je banjir.. tak sampai seminit satu rumah di basahi air..
lepas buat kaji selidik rupanya mesin basuh saiz 16 kg tu mengalami kebocoran yang besar di hos buang air tu. bocor akibat cik ti menggigitnya.. dah tu pulak mesin tu letak di dalam rumah.. habis satu rumah..

punya la nak berangan2 nak tido sampai kul 7 malam.. akhirnya kena berkerja keras sama la ke malam.. saya pun tak tahu.. dari mana saya dapat kuasa luar biasa.. habis satu rumah saya kemas kaw kaw punya.. habis detail setiap tempat saya bersihkan semua.. sampai ke pasu kecik dalam almari pun .. clear habuk2 dalam tu..sampai kitorg dah ready untuk persiapan raya.. langsir ngan kusyen sofa kita dah siap tukar dah. huh. berseri-seri la rumah saya sampai saya hampir nak spry perfume women earth kakak saya punya kasi wangi sikit..tapi melampau lak plak.. last2 spry je deodorant nivea tu.ntah sapa ntah letak merata.. saya pun spry jek.. ala sikit jek. dah alang alang .

lepas je solat tarawih saya terus pulang ke rumah.. duduk relax di sofa kaler baru,bersilang kaki sambil minum kopi berbuka tadi. senyum saya sorang2.

Thursday, September 11, 2008

backpain...


sibuk urat saraf aku alirkan darah ke tubuh2 aku..bila darah lalu ke pinggang.. darah itu mempengaruhi semua sel sel dalam pinggang untuk rasa sakit.. dan aku skang rasa sakit giler pingang..

kalau tertido atas lantai simen ni leh sebab kan sakit pinggang ke?
ye la .. malam tadi saya di atas tilam tapi bila sedar bersahur sahaja,saya di lantai.. sejuk sangat lantai tu masa saya terjaga dari tido.. pastu pinggang ni mengenyam berdenyut denyut .. dia macam sakit2 manja.. yang tak bestnya macam tak selesa.. nyut nyut je belakang ni.. sampai skang nyut nyut nya terasa..

ada idea tak untuk wat rawatan segera?
kalau tampal selepontap yang dibubuh minyak kapak ke pinggang.. ok tak?
kalau gesal2 pinggang ni kat bucu meja menjadi tak?
ke nak wat sit up jek?

Sunday, September 7, 2008

kisah derita petang jumaat..


NI story ada bau busuk sikit..tutup idung memasing.


PERGHHHHHH!!!!!!! ( ni nak pendek kan cerite)

petang tu dalam kul 4.30 macam tu..lepas je abis meeting di KLCC.. perut aku dah lain macam dah.. sebelum2 tu dia dah beri warning suruh pergi ke toilet tapi aku wat dek jek. lagi pun sibuk sangat time tu ngan rushing sana sini. masuk je dalam kereta.. aku dah rasa level satu punya sengasara..lepas kemut dua tiga kali.. dah ok balik dah..

pulak dah!! jammed giler babi dari jln tun razak menghala ke highway sg besi.. bajet nak ikut SMART.. time time macam ni plak tutup terowong tu.. aku dah start stress dah.. berpeluh ni beb.. aku nak lik umah ni mak ayah aku ni di kl.. ada la dalam 20km je lagi..aku tak boleh tampung lagi beban yang ku tanggung di bawah ni. namun ku tahan..ku sedut .. ku telan..

(klimax)
tahan punya tahan punya tahan punya tahan.. tub tub sampai umah.. sejam jugak la aku berjaya buat blok di lorong laluan....aku berlari pecut lintang pukang dengan muka pucat lesi untuk sampai ke pintu rumah.. pemberontakan dalaman berlaku cukup cukup pantas bila ia tahu ia akan sampai ke puncak kejayaan.hanya 2 langkah je tinggal untuk ia berjaya mengatasi ujian tersebut. namun begitu..ARGHHHHHHHHHH...
ia tertewas di pertengahan jalan.. DAMN SHIZIT!!!!

wei korang.. aku dah cuba terbaik ok..aku jarang train benda2 macam ni.. ni kali pertama beb..
keaadaan tu cukup mengingatkan aku di zaman tadika.huh!!
aku terpaksa korban kan HUSH aku yang brand new punya ke plastik itam.tak sanggup bukak mata melihat keadaanya..
aku dapatkan rawatan rapi berulang kali di bilik air sehingga waktu berbuka.. dan sampai la ke tengah malam standby dengan towel kaler peach..

(punca punca)
ni tak lain tak bukan.. makcik yang ada tahik lalat tu yang jual kat bazar ramadan ttdi jaya. aku memula tu dah rasa geli dah tengok masa budak pompuan indon tu cedok dan bubuh lauk.. tapi dengan perasangka positif aku buat tak kisah jek.bukan nak tuduh tapi sohih lauk dia..aku rasa k-e pun alami benda yang sama..

(nasihat)
hati hati membeli lauk di bazar..
cepat2 g tandas bila kecemasan.. jangan cuba cuba melawan kehendak alam..

Wednesday, August 20, 2008

Renyai..

hari ni hari khamis.
best giler hari ni..
pagi ni dingin sangat.
hujan jek kat luar tu
sejuk jek hari ni..
air cond pun sejuk je ni..
rasa syahdu jek

Sunday, August 17, 2008

kenduri kahwin gak



aku pun banyak gak g kenduri kawin bulan ni..dan tahun ni paling banyak g majlis perkahwinan org..

semalam aku g jelebu negeri sembilan.. pertama kali sampai sana kat kampung melayu spertang.. panas dia kat sana memang yang amat. tapi nasib baik banyak pokok pokok hutan meredupkan suasana panas di sana.. majlis kahwin kat situ memang sempoi giler.. cuma pasang 3 canopy jek..tapi dorang punya layanan memang best.. pelamin pun cantik.pasangan pengantin pun cantik jek.. dia punya lauk pauk memang best tapi aku tak dapat makan habis sebab pedas giler.. basah songkok aku sebab peluh...

memang seronok tengok majlis perkahwinan kat situ serba sederhana tapi meriah...
lepas habis je majlis perkahwinan di negeri sembilan terus aku datang ke rumah tok di klang selangor..kami ada bincang skit pasal majlis tu nanti..
huh.. macam tak sangka je tok nak jadi somi org.. dah ada org nak take care kat tok. tolong basuh seluar jeans dia.. tolong kemas dan lipat boxer dia.. ada org tolong belai rabut dia..
benar ke tok dah nak kawin..
dah la tok macam tu.. mampu ke? larat ke? ada tenaga ke? bertahan lama ke? long lasting ke?

apa pun syabas buat tok.. aku cuba buat yang se style yang mungkin dalam majlis tok nanti.

buat k-e kambing.. woii.. baik kau g urut...tak kan nak biar macam tu selama lamanya..

Monday, August 11, 2008

Musang..


semalam berangan nak makan pisang.. hari ni dah dapat pun makan pisang..
semalam sorang2 skang dah berdua..
semalam bawak jeep skang bawak kete
semalam merah hari ni biru..

semalam busan, skang dah macam cipan
semalam busuk, hari ni wangi
semalam berbulu, hari ni botak
semalam bercukur, hari ni tumbuh balik
semalam kering, hari ni dah basah
semalam mimpi tok, hari ni mimpi adriana..

opssss.... terlebih sudah..

malam tadi sejuk tapi kenapa hari ni panas giler..

terbakar kulit kepala ini mencurah kepanasan air menggelegak di atas kepala melecur habis kulit isi rambut kepala kena air matahari panas mendidih tak hinggat dunia..
damn... panas gilerr..

Tuesday, August 5, 2008

Resdung lagi ,Mendung je petang ni.Dah tak bz lagi



assalamualaikum semua...

pekaba kamu orang semua.. sihat2 ye.. tok apa khabar, akak tiri pe kaba, mamaket pekaba, yaya n yana zool pekaba, mami mok pekaba, siti pekaba, baha pekaba, abam dory pekaba,sue pekaba, bil pekaba, nad pekaba, kawan2 lain semua pekaba, yang dok intai2 tu pun pekaba,
harap semua sihat2 sejahtera.. zool disini dah kurus sihat sentiasa..

saya baru2 ini agak sibuk sikit dengan kerja dan lain2 hal.baru2 ni ada kat stadium merdeka ada buat event world marching band competition..berminggu2 kami all out jayakan event ni..last2 bukan berjaya sangat pun.. ok ok jek..sebab tak ramai sangat org minat pancaragam ini. stadium pun tak penuh sangat.. o
saya jaga dia punya bahagian printing and promotion item dia.. giler busy.. event tu punya pasal sampai jammed satu kl..tapi tak la jammed sangat sebab satu jalan je tutup.



berkenaan dengan kesihatan ayah saya.. kini sakit jantung dia dah pulih sikit sikit..teruk jugak jantung dia tu.. sampai 4 salur darah jantung hampir tertutup.. lepas doktor letak stand kat salur darah dia.. baru la ok sikit.. mujur doktor tak buat pembedahan by pass kat jantung dia macam dr mahadir kena dulu..risau takut kena completion.

ayah saya menerima rawatan di hospital Prince Court Medical Centre di kolumpo.. memula tu dia buat rawatan kat hospital serdang tapi kat situ lama sangat nak tunggu Q.. doktor nasihat dia soh buat cepat2 sikit sebab dah terok..huh.. time tu saya berdebar giler dan rasa macam nak putus nyawa dengar sakit ayah saya dah tahap kritikal. kalau boleh nak jek kasi derma organ saya pada dia. saya takde pun takpe la asal dapat berkorban untuk dia walaupun ia mustahil..
terima kasih la untuk Doktor Yap.. dia ni pakar sakit jantung.. kat london dulu hampir 1000 pesakit dia rawat untuk jantung..kami pun confiden la sikit setelah tengok rekod dia.. akhirnya rawatan indoplasti itu berjaya.. tidak sampai 1 setengah jam pun doktor tu buat.. dengan bangga doktor tu cerita kat kami yang dia ni memang terer giler..tapi memang betul pun dia ni terer.. bukan calang org leh buat rawatan ni. kalau doktor kat hospital serdang tu, dia suruh bedah jek jantung tu.. giler ke apa nak bedah ngan pisau kat jantung ayah aku..dorang ni nak benda senang jek.. ingat benda ni macam bedah tikus ke.
tapi kat Prince Court ni ok la skit.. bukan skit tapi ok banyak..dan kos rawatan dia.. huh.. umang aih.. leh beli cash sebiji waja 1.8 cps cam pro. tapi apala sangat dengan harga sebuah waja berbanding sebuah nyawa..

ini ada nasihat sikit nak dikongsi. kalau ada sedara mara terdekat yang ada sakit jantung. cepat2 la dapatkan rawatan.. skang ni dah moden.doktor kat malaysia ni pun banyak yg power2. tak perlu nak bedah2 pakai pisau.. dan.. sesiapa yang belum ada insurans tu..cari la mana2 ejen insuran dan syarikat insurans yg ok sikit.. papahal jadi malapetaka nanti senang nak kautim..

kini alhamdullilah..wajah ayah saya dah ceria dan hensem sikit.dah tak pucat macam dulu.. mulut pun dah tak berbau lagi.. wangi jek. itu satu bonus untuk mak saya untuk manja-manja.
rokok benson tiada lagi di rumah. ashtry pun dah tak nampak dah. dah jarang dah org call dia ajak chill malam2, minyak masak pun dah tukar yang mahal sikit,kekadang saya balik umah selalu makan bubur ngan sayuran dan lauk tawar serta teh o tawar. dulu saya selalu gak buat kerek kerek ngan ayah sihat.. tapi kini tidak lagi.. sekarang bila dia soh saya picit atau urut dia.. tanpa banyak soal dan wajah nak tak nak senyum terus saya picit dia..kalau dulu buat-buat tak dengar jek..
saya sayang kat bapak saya ngan isteri dia gak. semuga panjang la umur kedua mak ayah saya dan kepada mak ayah kamu semua yang mana masih ada lagi..skang ni leh consider saya ni anak bapak lah.. jadi hamba dia pun saya tarak hal punya.. asalkan bapak saya chill sentiasa.


oklah.. saya pun dah lama tak wat follow up kat org2 kampung..cemana la agak nya korang semua..nak p jengok korang jap..

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com