Tuesday, December 23, 2008


salam sejahtera semua.
dengan rasa berbesar hati dan idung kembangnya saya amat berbangga dengan penduduk kampung 360 pada kejayaan kita melancarkan projek ini di IJN.. siap masuk ntv 7 plak tu. tahniah untuk mem kerna mencetuskan idea ni. dah beri 5 bintang kepada org2 kuat kampung yang mana mereka menjadi tulang belakang demi realisasikan projek ni.

perasaan i agak down juga bila u alls semua chill tanpa saya disisi. i ni suka bersosial ngan u alls semua. macam rugi besar jek tak dapat join. i memang pantang kalau gambar i takde disisi u alls. tapi apa nak buat. sabtu pun i kena keje.. i ke outstation plak hari tu. sampai di rumah pun dekat 4 pagi.

sebenarnya banyak benda nak cite kat u alls ni. lebih lebih lagi akhir tahun ni banyak pulak keje kena buat. bila nak start je tulis blog. ada je benda urgent kena setel kan. ni nanti i nak ke jakarta plak macam awal bulan lepas. bukan bercuti tapi bekerja.

di harap masa masa akan datang, perbanyakan lagi la aktiviti masyarakat kampung kita ni. semuga silaturahim antara kita terbina sehingga bila bila


love u alls.. big hug to u alls semua.. small hug to k-e. becoz its small.












Monday, December 15, 2008

spesis baru muncul



sebenarnya dah lama dah nak cite. tapi ni baru nak cite

i dah dapat anak buah dah..

Friday, December 5, 2008

kena tag.




sebenarnya i ada banyak cite nak cite kat u all.. tak tau nak cite yg mana satu.. last2 langsung tak jadi nak cite..

memang semenjak 2 menjak ni i sibuk giler.. tak ingat punya..




kebetulan cik siti dah tag i. so i kena lah menjawab tag2 itu..




mari kita lihat soalan2 berikut..


dan akan ku berikan jawapan yang jujur dan jangan kamu memperkotak katikanya.




7 Fakta tentang anda.


1-ada resdung


2- baru baru ni saya baru perasan yang saya tido berdengkor


3-baik hati


4-pemurah


5-suka cium org


6-suka di manja2


7-im big. k-e terpesona admire saya punya. dah bagi advice kat dia tapi tak juga dia buatnya




7 Nama pangilan anda


1-zulhaidi


2-zul


3-abang zul


4-zaidi


5-uncle zul


6-didi


7-b




7 perkara yang berharga


1-kad ATM


2-Kereta


3-Cincin


4-sikat bulat


5-Kunci Rumah


6-ubat


7-handphone





7 perkara yg menakutkan anda di dunia ni


1-takut tak sempat bertaubat


2-tak nak mak ayah hilang. owh tidak. aku leh bunuh diri


3-takut terjatuh dari banggunan


4-eksiden


5-masa depan yang gelap


6-lupa diri


7-tak leh stim anymore




7 Lagu yang punya kenangan @ memberi kesan mendalam pada anda


1- kadal desem( lirik by ar rahman) masa sekolah dulu kita nyanyi ramai lagu ni menunjukan perpaduan kaum. siap nangis2 lagi .kawan baik saya tukar sekolah lain


2- Yakkai Thirai (Aiyutha ezhuthu) ( lirik by AR Rahman) bila sedih, down, aku akan pasang kuat2 lagu ni. 100% stress aku ilang. tapi tak leh dengar selalu sangat, nanti mujarab dia ilang. k-e cukup anti kalau aku pasang lagu ni kuat kuat.


3- lagu amy mastura. tak ingat apa nama lagu dia.. bila dengar. mesti teringat masa hari sukan kat sekolah. aku jaguh lompat jauh. cikgu junaidah suka kat lagu ni.dia yg pasang lagu ni


4-all music by kc n jojo= teringat kat chapit, masa ni dia bawak cd walkman anti shake. selalu layan sensorang album kc n jojo ni. lagu ni juga ingatkan aku pada k-e. dia selalu balik lewat giler sampai 3 4 pagi. tal selesai2 lagi kelas kuliah malam dia. rajin dia masa ni. time ni perot dia ada 6 pack.


5-No diggity- blackstreet


6-ja rule- apa ntah lagu dia.. masa ni zaman gelap sikit.. kuat betol bersosial.g disko.berparty, berjoget sana sini. mentang2 masih kurus lagi.dah pandai nak kaler2 rambut. sejak dah start kerja ni. dah tak g dah tempat2 gitu.


7-




7 Ayat yg kerap disebut oleh anda


1-ek


2-huh, soit r


3-dey


4- serius bang


5-call u back


6-oklah


7-chapit




7 Perkara yg Buat anda berkecil hati


1-buat dek ngan kita


2- buat bodoh


3-kuar chill ngan kawan kawan tak cakap


4-ckp belakang


5-berbisik


6-kedekut


7-tak cakap terima kasih




7 cara memujuk anda


1- buat kata2 lawak


2-buat memek muka


3-buat magic bodoh


4-kasi up sikit


5- belanja wayang


6- kiss pipi


7- belai2 skit




7perkara pertama anda


1. pertama kali org pompuan bukan muhrim yang cun gila pegang dan belai tangan saya lama lama masa tingkatan 4 lalu cover line ngan beg di peha sebab tak pakai spender.


2- kali pertama dapat tahu yang sahabat saya tu gay dah dapat tahu maksud gay tu apa masa di kolej dulu. lubang najis dibantainya. huh.. tak patah ke dia punya tu. kan pejal dan kemut dia belakang tu. huh.terfikir2 gak saya masa tu.


3-first time jakun g oversea ngan kawan2


4-first time fall in love masa tingkatan 5.


5-first time putus cinta lepas habis sekolah. mak aih. giler parah putus cinta ni. 4 bulan tanggung seksa.. serius beb. seksa giler. giler2 punya seksa.. ni la perkara paling seksa dia dunia aku rasa.. lepas lepas tu.. dah rilek dah.. tarak hal punya. sorong papan tarik papan . buah k-e dalam perahu. sapa pun tak nak ambik tahu. eh lari tajuk.


5-first time dapat lesen memandu. dapat bawak gadis gadis berjalan jalan


6-first time kenal bos saya

7-first time beli cincin tunang tapi last last tak jadi.

.



ok .. tu jela kot.. tak sempat dah ni.. rushing ni. nanti ada barang baik nak cite kat korang semua. karang karang la cite. oklah.. ni g cyberjaya jap..







Monday, November 24, 2008

VAARANAM AAYIRAM

























huh.. lega. dapat juga tengok akhirnya.. best giler.

Sunday, November 16, 2008

hari isnin.. sindiri tanya. sindiri jawap


saya bosan giler hari ni
kenapa bosan
tak tau la kenapa
nak saya tunjuk cemana saya bosan,
owh tidak..saya tak akan tunjuk
nanti saya malu..
kenapa malu?
sebab tak pakai baju,
kenapa tak pakai baju?
sebab panas,
kenapa panas?
sebab cuaca panas
kenapa cuaca panas?
sebab orang tak tutup cerek air masa air mengelegak
kenapa air mengelegak?
sebab ada org kasi bikin air tu panas
kenapa air tu panas?
sebab itu adalah satu proses globalisasi
kenapa globalisasi?
sarsi air dia sedap
kenapa sedap?
dah tok kata kawin itu sedap
kenapa kawin itu sedap?
belom try belum tau
kenapa kena tau?
tau fu far
kenapa far?
far alif ro ha. farah
kenapa farah?
farah mula mengesan ciuman anjing dia belakang seluar jeans nya.
kenapa jeans?
dulu jeans, nanti rosmah pulak.
kenapa rosmah?
ros, ala ros ,aku lah ros
kenapa aku la ros?
rose n romance
kenapa romance?
romance masa tengok cite omputih..stim wacakap lu
kenapa stim wacakap lu?
sebab pakai suar dalam size s.. ketat. sakit giler.. k-e punya.
kenapa k-e punya?
dia punya cute jek
kenapa cute?
sebab asbaha cute.
kenapa asbaha cute?
sebab dia pakai pencuci muka wanita
kenapa pencuci muka wanita?
sebab yaya suruh
kenapa yaya suruh?
sebab kalau tak pakai, asabaha kena koh
kenapa kena koh?
sebab sedap.
kenapa sedap?
sedap sebab macam tok kata
tok kata apa?
tok kata kawin tu sedap dan lazat..
kenapa lazat?
lazat la.. dia macam ..macam payah nak cakap la lazatnya cemana
kenapa payah nak cakap?
sebab lidah tergigit
kenapa lidah tergigit?
ingat kan sup lidah tadi, tu yg tergigit
kenapa sup lidah?
kat jalan doraisamy ada jual.. sup turpedo pun jual
kenapa sup turpedo?
kemaluan lembu sedap dimakan. tok kata sedap
kenapa tok kata sedap?
sebab dia dah kawin, mesti semua sedap?
kenapa sedap?
ARRGHHH,, U SHUT UP!!!!



tok.. i miss u..

Sunday, November 9, 2008

House Bunny


hehe.. ni la yang i cakap dulu
i menang grand prize..



mahal gak benda alah ni..
i malu nak simpan
tak tau nak bg kat sapa..
nak bagi kat wink wink tak boleh..sebab dia yang kasi menang..
emmmmm


rasa geli pun ada simpan benda ni. malu je kalau k-e tengok..
yang kecik tu harga dia 50 usd yg besar tu 100 usd..
tapi i rasa macam nak bg free je kat org..
sapakah dia?

Thursday, October 30, 2008

TOK !!!!!!

hari ni hari last tok akhiri zaman bujang..
tok akan akad nikah lepas solat jumaat
lepas nikah terpulang pd tok nak buat apa pada bakal isteri dia.
tok dah bercinta ngan tunang dia dekat 13 tahun
lama dia simpan pendam selama 13tahun
saya pula yang berdebar-debar
malam tadi saya dok pikir kat Tok jek
benar ke tok nak kawin???
TOk nak salam ngan tok kadi kejap lagi.

saya macam tak boleh nak terima kenyataan.
chapit nak kawin! hari ni! jap lagi! lagi beberapa detik je lagi!

" aku nikahkan dikau ngan isteri kau dengan mas kawin segumpal tulang"

Tok..
Tahniah..

Tuesday, October 28, 2008

aku menang!



sapa nak.. angkat tangan.



PRIZES


Grand Prize

1 x Limited Edition House Bunny Cosmetic Case

1 x Limited Edition House Bunny Tote Bag

Tuesday, October 21, 2008

suspen

semalam aku cuti
aku sakit perot
aku salah makan lagi.
aku tido jek, aku ke tandas, aku tido dan aku ke tandas.
pastu ada org ajak aku tengok wayang
aku pergi..
kat wayang bau busuk
sebab aku.
hari ni aku masuk opis..
pun sama bau busuk sebab aku..
org sebelah tegur.
aku ckp toilet tersumbat.
aduh.. ni dia datang lagi.

jum layan..
yuvraj- dil ka rishta- " AR Rahman"

Thursday, October 16, 2008

bateri


(pendahuluan)
kisah ni berlaku kira-kira dalam minggu ni gak. pada hari selasa lepas.. aku tak tau la apa punya malang la nasib ku pada hari tu.. semua dalam satu hari serentak.. panjang skit cite ni.

(isi perot)
pagi selasa tu memang tak cukup tido. aku tido dalam jam 3 pagi dan bangun semula awal pagi. memang mengantok sesangat pada hari selasa tu. ada 2 meeting yg aku kena pergi di kl. dah la masa nak odw dari s.alam ke kuala lumpur tu jammed giler.. baru aku tau kenapa cik yaya pergi kerje sebelum matahari terbenam sebab nak elak jam yg terok kat nkve tu.. dan nasib baik aku sampai on time jam 9 di bukit bintang..
lepas habis meeting tu pastu g lak jumpa ngan org korea.. debuk debak debuk debak ngan org winter sonata ni dah jam 12.00tgh hari.. aku kena balik semula s.alam nak ambik artwork pasal nak hantar kat kilang..
masa nak odw ke s.alam radio kereta aku tetiba je mati.. aku fikir radio aku dah rosak kot.. masa tu aku terpikir2 juga kenapa radio tetiba je rosak? emmmmmmm

sampai je s.alam, bertekak jap ngan seorang supplier ni sebab dia dunggu sangat.. aku cakap kuantiti 2000 unit dia g hantar 1000 unit.. bebal sungguh. dah kena buat semula benda tu..ntah cemana aku termarah plak supplier amoi ni. padahal sebelum ni aku manja2 skit dengan dia. jentik pun tak pernah ini kan pula marah marah..kecik hati dia ngan abang sul..dia panggil aku
sul.. agaknya penat sangat masa tu.dah la lapar giler masa tu.. tu yang kena tinggi suara ngan aku.


pastu aku bergegas nak ke damansara dari s.alam sebab ada barang urgent nak kena setelkan... bila ngah drive kete, radio tetiba je terbuka sendiri.. huh.. suspen gak.. tadi tetiba mati.. ada hantu ke apa... namun aku tak peduli.. aku terus bawak kete laju laju.. makin laju aku bawak makin lapar perotku.. aku tak tahan sangat lalu singgah sebentar kat kedai nasi sup di subang aiport tu..masa tu cuaca sangat2 panas.. berpeluh tubuhku ni.. sup dia memang sedap.. aku pun dah kenyang.. bila kenyang aku happy.. aku happy dan aku call amoi tu to say sorry.. dia pun say sorry balik kat aku.. pastu kita gurau senda dalam tepon.selesai masalah kecik kecik hati ni.. biasala org pompuan. tegur sikit dah merajuk..

pastu dapat plak sms dan call dari buah hati pengarang jantong sorang lagi ni.. aduh.. ni lagi pening kepala..orang tengah sibuk2 ni nak itu ini lah. lalu merajuk la si dia tapi gagal ku memujuk. tadi happy dan sekarng dah tak happy..

(klimaks)
cuaca yang panas terik ni buat kan aku takde mood langsung..memang instinct aku berkata hari ni memang hari malang giler..then aku pun ke kereta limo ku.. bila nak start enjin kereta.. tak hidup.. aku cuba lagi tak hidup.. dan cuba dan cuba dan cuba.. tak hidup2 jugak...huh.. tensennya aku..aku rasa kereta aku dah habis bateri. patutla radio tadi tetiba jek mati.. mungkin tu tanda2 awal bateri kereta ku nak kong..
aku terpaksa panggil hero kampung kita. abam k.e untuk hulurkan bantuan. nasib baik ada jumper kabel kat kereta aku. kalau dah ada jumper ni senang la sikit nak idupkan kereta.. then aku sambungkan wayar kabel bateri kereta k.e ke beteri kereta aku.

1.masa ngah sambung wayar tu tiba-tiba wayar kabel jumper tu tetiba berasap.. dan tiba2 penyepit kabel tu terputus pulak dah.. huh.. cap ayam punya jumper! pastu dengan kelam kabut dan muka dan badan yang berpeluh peluh dan cuaca yang panas aku paksa k-e cari wayar jumper baru di kedai berdekatan
2. masa ngah kelam kabut tu aku terus lock kereta dari dalam.. ALAMAK! kunci kereta tertinggal kat dalam.. huh..ah sudah.. makin kalut aku di buatnya.. abam k-e punya cerdik sampai dia suruh aku pecahkan cermin kereta untuk amik kunci tu..owh tidak..
3. aku pujuk abam k-e pergi ke rumah keluarga aku di k.lumpur untuk ambik kunci spare. rumah aku memang jauh tapi abam k-e terpaksa gak tolong aku.. time tu dia pun ada job urgent..tapi dia kena gak tolong sebab dia insan baik hati.
4. lepas ambik kunci dan beli bateri baru, aku sampai ke tempat kejadian.. lepas tukar je bateri baru.. kereta aku dapat start semula..huh.. aku terus peluk abam k-e dan ucapkan terima kasih pada beliau.. beri kan tepukan gemuruh pada abam k.e..then aku teruskan perjalan setelkan kerja2 aku..

5. pada waktu malam aku ada appoinment ngan customer di taman desa k.lumpur.. masa aku odw jumpa customer ni.. k-e call dan marah2 aku. "sampai hati kau tuduh aku k-e". bekalan elektrik di rumah sewa di potong katanya.. rumah gelap gelita.. semua dalam kepanasan sebab kipas takde.them aku terus call tnb.masa aku call tnb, dia kata rumah aku ada buat kecurian arus elekrik.. huh.. dan sekali lagi aku yang dipertanggungjawabkan. aku pun paham kenapa k-e marah.. yela balik2 kerja tetiba letrik takde.. aku nak marah balik pun tak boleh gak sebab dia dah tolong aku petang tadi..lepas berbual ngan pihak tnb baru aku tau.. owner lama buat kecurian litar pintas di panel elektik secara haram untuk menjimatkan bil elektrik.. tnb tanggung kerugian sebanyak seribu lebih..lepas dah bayar duit kerugian ni baru bekalan elektrik di masukkan.huh.lepas tu pulak dapat semula sms dari sorang buah hati ni..aduh ...pun sama jugak la macam kes abam k-e ni. nak marah marah.. pms kot.. semua benda tak kena..

6. lepas aku sampai di taman desa.. singgah sekejap dia shell..then nak terus kan perjalanan, tiba-tiba kereta aku tak boleh start lagi.. huh!!! apa punya bala daa. padahal baru je tukar bateri baru tu.. lagi sekali aku terpaksa jumper kereta ku semula..nasib baik aku dah standby jumper baru dan ada bateri spare dalam kereta..aku call pomen , dia kat autonater aku dah rosak.. kena tukar yang baru.. bateri aku tak rosak sebenarnya tapi yang lain pula rosak.. huh.. tak jadi aku jumpa customer dan terus aku pulang ke rumah keluarga aku di kl.. tak jadi balik ke rumah sewa sebab elekrik takde..

(penutup tin)
pulang ke rumah.. aku terus terduduk diam.. terfikir aku petikan kata2 dr fazilah kamsah " allah beri musibah ke atas kamu atas dosa-dosa lepas yang kamu yang lepas"
mungkin ni baru sikit je tuhan nak uji..
pikir2 balik.. agak nya mungkin aku selalu lewat solat subuh.. yela.. mana ada orang sembahyang subuh pukul 7.30 pagi macam aku selalu buat.. asyik qada jek.

dan mungkin aku ada buat salah kat tuhan atau orang kot..
renung sejenak..

Friday, September 26, 2008

ambil kesempatan



salam ramadan pada semua blogger dan penduduk kampung tiga enam kosong..

saya disini yang badan tinggi gempal tapi tak gagah sangat, rambut kerinting ikal pendek dan dah pakai shampoo, sideburn panjang tapi sayang betul hari tu tercukur, muka dah xde jerawat, mulut wangi, baju dah iron, misai dah trim, catsby di rambut,
bvlgari aqua di baju dan leher,dan kesan colgate di gigi..

dengan gembira,
dengan senyuman girang,
dengan ikhlas hati,
dengan penuh kasih dan sayang

ingin ucapkan selamat menyambut hari raya maaf zahir dan batin...
maaf kan saya kalau ada terkasar bahasa tulisan dan bahasa kata, gurauan , sindiran, teguran yang terasa hati , harap di maafkan.

awal plak ucapan hari raya ni..
semuga syawal yang akan datang ni menjanjikan kebahagian di sisi keluarga dan rakan taulan..


Zulhaidi bin Abu Bakar

Sunday, September 21, 2008

kerja keras

hujung minggu semalam
saya banyak habiskan masa di rumah.. tak kuar pun dari rumah..betol.. duduk umah jek tak kuar2.. kalau keluar pun hanya beli beras ngan kicap jek.. mak suruh beli. punya la soleh saya semalam. berduyun2 org ajak lepak di luar namun saya tetap nak duduk rumah.. nak berehat kununnya.. nak tido dan tido dan tido dan kemudian bangun kul 7pm.. bangun2 je terus bukak posa.. cam tu le perasaanya..

punya la syok tido di awal pagi jam 8.30pg. dengan bilik yang sejuk berhawa dingin bertahktakan tilam yang empuk 3 inci..berselimut tebal kain cotton 100%. bantal sampai 5 biji berselerak.. bantal peluk panjang 6kaki tu saya peluk, kepit erat kemas2. berseluar pendek tak berbaju.. nasib baik bulan posa sy tak membayangkan apa2
ketika erat memeluk bantal peluk..wink wink.hehe
huh nikmat sungguh air liur basi di pagi hari
tetapi...
sedang enak tido. kakak saya yang sarat mengandung tu bising2 suruh lap kipas siling.. berdesing telinga ni mendengarnya.. petang2 sikit la kalau nak lap pun. memandangkan anak saudara saya ada dalam perutnya, jadi saya tak bisa melawan.saya pun bangun lepas tukar seluar terus lap kipas..huh..
namun begitu.
satu kejadian tak diingini berlaku.. tengah hai mamai masa lap kipas tu.. tetiba banjir plak umah saya..terkejut jugak! bayangkan. takde hujan petir apa semua tetiba je banjir.. tak sampai seminit satu rumah di basahi air..
lepas buat kaji selidik rupanya mesin basuh saiz 16 kg tu mengalami kebocoran yang besar di hos buang air tu. bocor akibat cik ti menggigitnya.. dah tu pulak mesin tu letak di dalam rumah.. habis satu rumah..

punya la nak berangan2 nak tido sampai kul 7 malam.. akhirnya kena berkerja keras sama la ke malam.. saya pun tak tahu.. dari mana saya dapat kuasa luar biasa.. habis satu rumah saya kemas kaw kaw punya.. habis detail setiap tempat saya bersihkan semua.. sampai ke pasu kecik dalam almari pun .. clear habuk2 dalam tu..sampai kitorg dah ready untuk persiapan raya.. langsir ngan kusyen sofa kita dah siap tukar dah. huh. berseri-seri la rumah saya sampai saya hampir nak spry perfume women earth kakak saya punya kasi wangi sikit..tapi melampau lak plak.. last2 spry je deodorant nivea tu.ntah sapa ntah letak merata.. saya pun spry jek.. ala sikit jek. dah alang alang .

lepas je solat tarawih saya terus pulang ke rumah.. duduk relax di sofa kaler baru,bersilang kaki sambil minum kopi berbuka tadi. senyum saya sorang2.

Thursday, September 11, 2008

backpain...


sibuk urat saraf aku alirkan darah ke tubuh2 aku..bila darah lalu ke pinggang.. darah itu mempengaruhi semua sel sel dalam pinggang untuk rasa sakit.. dan aku skang rasa sakit giler pingang..

kalau tertido atas lantai simen ni leh sebab kan sakit pinggang ke?
ye la .. malam tadi saya di atas tilam tapi bila sedar bersahur sahaja,saya di lantai.. sejuk sangat lantai tu masa saya terjaga dari tido.. pastu pinggang ni mengenyam berdenyut denyut .. dia macam sakit2 manja.. yang tak bestnya macam tak selesa.. nyut nyut je belakang ni.. sampai skang nyut nyut nya terasa..

ada idea tak untuk wat rawatan segera?
kalau tampal selepontap yang dibubuh minyak kapak ke pinggang.. ok tak?
kalau gesal2 pinggang ni kat bucu meja menjadi tak?
ke nak wat sit up jek?

Sunday, September 7, 2008

kisah derita petang jumaat..


NI story ada bau busuk sikit..tutup idung memasing.


PERGHHHHHH!!!!!!! ( ni nak pendek kan cerite)

petang tu dalam kul 4.30 macam tu..lepas je abis meeting di KLCC.. perut aku dah lain macam dah.. sebelum2 tu dia dah beri warning suruh pergi ke toilet tapi aku wat dek jek. lagi pun sibuk sangat time tu ngan rushing sana sini. masuk je dalam kereta.. aku dah rasa level satu punya sengasara..lepas kemut dua tiga kali.. dah ok balik dah..

pulak dah!! jammed giler babi dari jln tun razak menghala ke highway sg besi.. bajet nak ikut SMART.. time time macam ni plak tutup terowong tu.. aku dah start stress dah.. berpeluh ni beb.. aku nak lik umah ni mak ayah aku ni di kl.. ada la dalam 20km je lagi..aku tak boleh tampung lagi beban yang ku tanggung di bawah ni. namun ku tahan..ku sedut .. ku telan..

(klimax)
tahan punya tahan punya tahan punya tahan.. tub tub sampai umah.. sejam jugak la aku berjaya buat blok di lorong laluan....aku berlari pecut lintang pukang dengan muka pucat lesi untuk sampai ke pintu rumah.. pemberontakan dalaman berlaku cukup cukup pantas bila ia tahu ia akan sampai ke puncak kejayaan.hanya 2 langkah je tinggal untuk ia berjaya mengatasi ujian tersebut. namun begitu..ARGHHHHHHHHHH...
ia tertewas di pertengahan jalan.. DAMN SHIZIT!!!!

wei korang.. aku dah cuba terbaik ok..aku jarang train benda2 macam ni.. ni kali pertama beb..
keaadaan tu cukup mengingatkan aku di zaman tadika.huh!!
aku terpaksa korban kan HUSH aku yang brand new punya ke plastik itam.tak sanggup bukak mata melihat keadaanya..
aku dapatkan rawatan rapi berulang kali di bilik air sehingga waktu berbuka.. dan sampai la ke tengah malam standby dengan towel kaler peach..

(punca punca)
ni tak lain tak bukan.. makcik yang ada tahik lalat tu yang jual kat bazar ramadan ttdi jaya. aku memula tu dah rasa geli dah tengok masa budak pompuan indon tu cedok dan bubuh lauk.. tapi dengan perasangka positif aku buat tak kisah jek.bukan nak tuduh tapi sohih lauk dia..aku rasa k-e pun alami benda yang sama..

(nasihat)
hati hati membeli lauk di bazar..
cepat2 g tandas bila kecemasan.. jangan cuba cuba melawan kehendak alam..

Wednesday, August 20, 2008

Renyai..

hari ni hari khamis.
best giler hari ni..
pagi ni dingin sangat.
hujan jek kat luar tu
sejuk jek hari ni..
air cond pun sejuk je ni..
rasa syahdu jek

Sunday, August 17, 2008

kenduri kahwin gak



aku pun banyak gak g kenduri kawin bulan ni..dan tahun ni paling banyak g majlis perkahwinan org..

semalam aku g jelebu negeri sembilan.. pertama kali sampai sana kat kampung melayu spertang.. panas dia kat sana memang yang amat. tapi nasib baik banyak pokok pokok hutan meredupkan suasana panas di sana.. majlis kahwin kat situ memang sempoi giler.. cuma pasang 3 canopy jek..tapi dorang punya layanan memang best.. pelamin pun cantik.pasangan pengantin pun cantik jek.. dia punya lauk pauk memang best tapi aku tak dapat makan habis sebab pedas giler.. basah songkok aku sebab peluh...

memang seronok tengok majlis perkahwinan kat situ serba sederhana tapi meriah...
lepas habis je majlis perkahwinan di negeri sembilan terus aku datang ke rumah tok di klang selangor..kami ada bincang skit pasal majlis tu nanti..
huh.. macam tak sangka je tok nak jadi somi org.. dah ada org nak take care kat tok. tolong basuh seluar jeans dia.. tolong kemas dan lipat boxer dia.. ada org tolong belai rabut dia..
benar ke tok dah nak kawin..
dah la tok macam tu.. mampu ke? larat ke? ada tenaga ke? bertahan lama ke? long lasting ke?

apa pun syabas buat tok.. aku cuba buat yang se style yang mungkin dalam majlis tok nanti.

buat k-e kambing.. woii.. baik kau g urut...tak kan nak biar macam tu selama lamanya..

Monday, August 11, 2008

Musang..


semalam berangan nak makan pisang.. hari ni dah dapat pun makan pisang..
semalam sorang2 skang dah berdua..
semalam bawak jeep skang bawak kete
semalam merah hari ni biru..

semalam busan, skang dah macam cipan
semalam busuk, hari ni wangi
semalam berbulu, hari ni botak
semalam bercukur, hari ni tumbuh balik
semalam kering, hari ni dah basah
semalam mimpi tok, hari ni mimpi adriana..

opssss.... terlebih sudah..

malam tadi sejuk tapi kenapa hari ni panas giler..

terbakar kulit kepala ini mencurah kepanasan air menggelegak di atas kepala melecur habis kulit isi rambut kepala kena air matahari panas mendidih tak hinggat dunia..
damn... panas gilerr..

Tuesday, August 5, 2008

Resdung lagi ,Mendung je petang ni.Dah tak bz lagi



assalamualaikum semua...

pekaba kamu orang semua.. sihat2 ye.. tok apa khabar, akak tiri pe kaba, mamaket pekaba, yaya n yana zool pekaba, mami mok pekaba, siti pekaba, baha pekaba, abam dory pekaba,sue pekaba, bil pekaba, nad pekaba, kawan2 lain semua pekaba, yang dok intai2 tu pun pekaba,
harap semua sihat2 sejahtera.. zool disini dah kurus sihat sentiasa..

saya baru2 ini agak sibuk sikit dengan kerja dan lain2 hal.baru2 ni ada kat stadium merdeka ada buat event world marching band competition..berminggu2 kami all out jayakan event ni..last2 bukan berjaya sangat pun.. ok ok jek..sebab tak ramai sangat org minat pancaragam ini. stadium pun tak penuh sangat.. o
saya jaga dia punya bahagian printing and promotion item dia.. giler busy.. event tu punya pasal sampai jammed satu kl..tapi tak la jammed sangat sebab satu jalan je tutup.



berkenaan dengan kesihatan ayah saya.. kini sakit jantung dia dah pulih sikit sikit..teruk jugak jantung dia tu.. sampai 4 salur darah jantung hampir tertutup.. lepas doktor letak stand kat salur darah dia.. baru la ok sikit.. mujur doktor tak buat pembedahan by pass kat jantung dia macam dr mahadir kena dulu..risau takut kena completion.

ayah saya menerima rawatan di hospital Prince Court Medical Centre di kolumpo.. memula tu dia buat rawatan kat hospital serdang tapi kat situ lama sangat nak tunggu Q.. doktor nasihat dia soh buat cepat2 sikit sebab dah terok..huh.. time tu saya berdebar giler dan rasa macam nak putus nyawa dengar sakit ayah saya dah tahap kritikal. kalau boleh nak jek kasi derma organ saya pada dia. saya takde pun takpe la asal dapat berkorban untuk dia walaupun ia mustahil..
terima kasih la untuk Doktor Yap.. dia ni pakar sakit jantung.. kat london dulu hampir 1000 pesakit dia rawat untuk jantung..kami pun confiden la sikit setelah tengok rekod dia.. akhirnya rawatan indoplasti itu berjaya.. tidak sampai 1 setengah jam pun doktor tu buat.. dengan bangga doktor tu cerita kat kami yang dia ni memang terer giler..tapi memang betul pun dia ni terer.. bukan calang org leh buat rawatan ni. kalau doktor kat hospital serdang tu, dia suruh bedah jek jantung tu.. giler ke apa nak bedah ngan pisau kat jantung ayah aku..dorang ni nak benda senang jek.. ingat benda ni macam bedah tikus ke.
tapi kat Prince Court ni ok la skit.. bukan skit tapi ok banyak..dan kos rawatan dia.. huh.. umang aih.. leh beli cash sebiji waja 1.8 cps cam pro. tapi apala sangat dengan harga sebuah waja berbanding sebuah nyawa..

ini ada nasihat sikit nak dikongsi. kalau ada sedara mara terdekat yang ada sakit jantung. cepat2 la dapatkan rawatan.. skang ni dah moden.doktor kat malaysia ni pun banyak yg power2. tak perlu nak bedah2 pakai pisau.. dan.. sesiapa yang belum ada insurans tu..cari la mana2 ejen insuran dan syarikat insurans yg ok sikit.. papahal jadi malapetaka nanti senang nak kautim..

kini alhamdullilah..wajah ayah saya dah ceria dan hensem sikit.dah tak pucat macam dulu.. mulut pun dah tak berbau lagi.. wangi jek. itu satu bonus untuk mak saya untuk manja-manja.
rokok benson tiada lagi di rumah. ashtry pun dah tak nampak dah. dah jarang dah org call dia ajak chill malam2, minyak masak pun dah tukar yang mahal sikit,kekadang saya balik umah selalu makan bubur ngan sayuran dan lauk tawar serta teh o tawar. dulu saya selalu gak buat kerek kerek ngan ayah sihat.. tapi kini tidak lagi.. sekarang bila dia soh saya picit atau urut dia.. tanpa banyak soal dan wajah nak tak nak senyum terus saya picit dia..kalau dulu buat-buat tak dengar jek..
saya sayang kat bapak saya ngan isteri dia gak. semuga panjang la umur kedua mak ayah saya dan kepada mak ayah kamu semua yang mana masih ada lagi..skang ni leh consider saya ni anak bapak lah.. jadi hamba dia pun saya tarak hal punya.. asalkan bapak saya chill sentiasa.


oklah.. saya pun dah lama tak wat follow up kat org2 kampung..cemana la agak nya korang semua..nak p jengok korang jap..

Thursday, July 17, 2008

bercelaru..

Minggu ni jiwa kacau sikit la.. tak pernah rasa risau macam ni..

Wednesday, July 9, 2008

Ohhh angin, sampaikan laguku padanyaa.. yang harum ituu..



sebenarnya dah malas dan dah dah dah dah dah tak larat dah asyik pikir pasal kete ni.. pening dah kepala..tok.. urut sikit tengkok leher ni..



dibalik angin yang bertiup di pintu belakang opis.. terdengar deruan gegararan air cond yang membingit susasana sepi.. dinding kayu berpura-pura dinding batu hanyut dengan warna batunya.. menipu pekerjanya yang dia dinding adalah dinding batu yang sebenarnya dia adalah dinding kayu bertopengkan batu..

aku semak dan rimas dengan kertas fax bersepah di lantai mable palsu.. nak di cari mana ilangnya p.o dan quatation ku.. mananya batang pen hotel hilton ku yang sentiasa tersemat di bakul jaring stationery ku.. mana ilang nya double tape aku.aku serabut lalu ku menggaru rambut ku berkali kali sampai nampak kelemumur tapi tak nampak kutu..

oii boss.. apa kata kau cari org indon kemas tempat kerja ku.. aku binggung mencari barang2ku.. mana hantu, mana toyol, mana kera yang cuba alihkan barang2ku..

aku betul dah naik angin.. aku memang nak naik angin sebab pagi tadi makan roti canai ngan teh ais buatkan perot ku banyak angin.. sori akhdan.. yang kau bau bau tadi tu bukan sampah kat belakang.. tapi aku punya.

pergi masuk pula kat tandas.. huh lega..tapi.. alamak!!paip air dia macam arus air kencing k-e jek.. warggghhh.. ku tenyeh jua tapi mujur tak cedera atau melecet apa apa.

lalu ku duduk di kerusi berwarna biru berbulu sambil menghenjut membujur lalu.. rasa macam tak selesa seluar dalam ku..ku meraba raba... opsss terlupa..ku masuk bilik air semula dan memakai nya semula.. sepatutnya brand HUSH nya di luar tetapi tadi di dalam.. patut tak selesa dia bagian kelangkangnya..

ku sambung balik kerja ku tadi di depan komputer....

eh.. apa kejadah ku duduk di depan komputer ni.. aku mencari dimana p.o dan quatationku tadi..

aduh.. sakit perotku lagi.. akhdan.. sorry sekali lagi..

Sunday, July 6, 2008

Dasavatharam.....




Kamal has essayed all the ten roles in a meticulous way in ‘Dasavatharam’!

‘Dasavatharam’ remarks the passion of Kamal Haasan for filmmaking. Kamal has played ten different roles in the film and all the ten roles have been thoroughly planned right from the body language to the dialogue delivery. The eyes are considered to be the most effective tools in creating the right kind of attitude for any actor and Kamal is a master in that. Be it the Vaishnavite priest of the 12th century, the American President George Bush or Fletcher, the American baddie, Kamal has done it in a very elegant manner.

‘Dasavatharam', the most expected movie of the year 2007

‘Dasavatharam', the most expected movie of the year 2007, features Kamal Haasan and Asin in the lead roles. Planned for release sometime in the middle of the year, ‘Dasavatharam' is a class in itself. For it features Kamal in ten different roles. K S Ravikumar is directing this mega budget movie for Oscar Ravichandran. Himesh Reshammiya from Bollywood is scoring the music. This is his debut in Kollywood.

Kamal, always known in the industry for trying out something new, is handling ten different roles in this movie. It looks like he is trying to break the record of Sivaji Ganesan's nine roles in ‘Navaratri'.



The movie is being shot in different locations in India , Malaysia and the US . When the hero does something, should not the heroine follow? Kamal's ten roles are countered by Asin's dual role in the movie. This is the first time in her career Asin is playing dual role. Mallika Sherawat dons an altogether different cap in this movie. She appears as a CIA agent while Jayapradha, the well-known character artiste, plays another important role in the movie.




semalam saya g tengok midnite movie kat GSC Mid valley...memang dah target lama dah nak tengok movie aktor Kamal Hassan dgn Asin ni..

cite dia ok ok je la.. ada sikit confius sebab kamalhasan pegang 10 watak dalam cite ni plus dengan dia punya bahasa dan subtitle yang laju giler plus bau minyak sapi ngan kelapa kat dalam wayang tu.

dia punya lagu pun tak berapa best sangat sebab Hariran dan himesh reshamiya yang buat lagu sound track dia.

Thursday, July 3, 2008

lagi lagi distributor!!!!!


apa ayat yg sesuai yang hendak ku hunus kepada pomen itu..


1) apa ni bang nizam, tak elok lagi kete saya ni
2) woh , apa butuh kau buat kat distributuh aku..
3) malapetaka apa kau letak kat kete aku sampai tak baik baik ni. yang rosak sikit jek
4) bak balik duit sekali dgn ganti rugi masa aku yg telah kau bazirkan
5) kau nak makan rasuah dulu baru elok kete aku
6) nizam terkozam batang pinang nizam menangis nak bertunang..uwekkk

kau jangan zam.. kau jangan kejutkan singa yang dah lama tido lena.. masuk paper juga workshop kau nanti..

aiiii... tok.. kau setel kan tok. aku dah malas nak pikir ni.

Tuesday, July 1, 2008

Distributor lagi!!!!

Hari ni tak macam hari semalam.. semalam gila bab nya stress pasal kereta saya..tapi hari saya cuba buat2 semangat dan berani sikit..
pagi tadi saya dengan gah pergi semula ke workshop semalam.. saya cuba semaikan nilai gengster dalam diri saya, tune sikit suara ni bg nampak garau dan abang abang gitu..
lepas parking je kereta saya pun meluru masuk ke dlm w/shop dgn style,buat2 garang skit..pastu tarik spek mata hitam kat dahi..tiup asap rokok.
usha orang sekeliling sambil buat muka tak puas hati..

masuk je dalam dan terus jumpa pomen tu. abg nizam namanya.. sampai2 je dalam dia terus nampak muka saya lalu terus tersenyum lebar....
" zoooooooollllllll, rusak lagi ke?"
saya cukup pantang kalau org wat baik ngan saya ni bila saya dalam keadaan takut takut nak marah2 ni...


"assalamuakum bossssss, aduuh.. benda tu tu jadi lagi la bang, ni saya tak menggangu ke ni.. kalau ganggu esok la saya datang" huh.. saya dah fail .. tak jadi nak sound dia.. alah.. pomen tu besar k-e jek..boleh jek nak terajang... akhirnya saya amik keputusan.. esok je la saya ke sana ..lepas bincang sikit dan godek2 sikit enjin saya, pomen tu soh saya bersabar dan dia akan pastikan kete saya akan elok pada besok hari..

saya bukanya apa.. sebab sebelum ni dah all out giler bikin saya punya kereta.. ada je rusak..kalau tak.. takde la saya tensen sebegini rupa.. sebenarnya tak la tensen sangat cuma ia kacau dan menganggu skit kerja saya..

Monday, June 30, 2008

Distributor yang butuh dan buduh..

saya ni kan sebenarnya dah fed up betol ngan kete saya ni. serius.. dah banyak kali dah saya repair tapi ada je benda nak berjangkit jangkit.. itu hari dah all out habis dah repair sampai kena jalan kaki.. tapi kali ni benda lain plak jadi masalah..

engine DISTRIBUTOR....

pasal benda alah ni.. kete saya mati di tepi jalan raya..lalu saya call pomen soh datang.lepas pomen tu pasang benda ni baru la leh jalan.. tapi malangnya distributor tak juga function dengan baik.. lalu pergi semula ke bengkel pomen itu di TTDI JAYA shah alam, tukar yang baru.. dan lagi sekali distributor itu tak function gak.. damn!!!!

lepas tukar spark plug dgn distributor yang baru buat kali ke tiganya , akhirnya kereta saya kembali selesa..

dan pada hari ini cik non,anty2 dan abang abang semua.. distributuh tu buat hal lagi plak..dia dah tunjuk tanda2 awal yang dia akan rusak..saya takot sebenarnya nak g bengkel tu semula.. karang ntah apa di cas saya..saya dah takde keberanian nak ke bengkel itu semula..ada juga pomen tu kena baling ngan gear lock saya kalau di cas lebih2.... huh.. segala benda yang saya buat untuk chill kan diri ini tak jadi..dah tu pulak susah saya nak wat kerja saya..

**apa aku nak buat ni** cantik gak tengok Honda City 2nd hand hari tu..

Wednesday, June 18, 2008

Jalan Kaki




saya ingin menyentuh sikit soal urat... urat dawai tulang besi..sesuatu yang gagah tak dapat menjamin kegagahannya kalau bukti tersurat tidak ditunjukan.. walaupun banyak surat layang yang diterima tapi tidak ramai yang tahu bagaimana surat layang tu diterima.. melalui pos atau nationwide...




bukan soal urat yang nak saya cerita kali ni.. tapi kereta.. agak tertekan juga kebelakangan ini pabila kereta saya dah masuk workshop.1,2 hari ni saya terpaksa jalan kaki dan naik bas dan sudah hampir 4 tahun saya tak nak bas.. kereta baru je siap dan kini kereta saya sembuh seperti sediakala dan kini tayar kereta bertukar baru dan berbunga-bunga..cuma ada lagi 2,3 benda nak kena repair..


tapi kan kak.sedihnya..beriban regenya.. duit kocek yang tak berapa nak kocek ni kehilangan.. tak dapat la saya nak beli TV SONY 34'' bulan depan.. sori k-e, tak jadi kita nak berjoli nonton tv baru...pizaa ngan hulk pun kita layan dvd je la.
pasni balik kena jalan kaki ke rumah..huh.. cam lozer je hari ni..

huh.. senasib ngan kete yaya.. kim salam kat bumble bee ek..


Walking Away - Craig David

Monday, June 9, 2008

sun

sunyi....

sunyi gak ni.. Rakan sekerja di sini sudah pulang ke kampungnya di keningau di sabah satu minggu.. boss pula akan pergi ke kota kinabalu esok hari.. aku je sorang tak dapat g ke mana2 lagi..sunyi ni.. sunyi...

Wednesday, June 4, 2008




wira exucitve 1.5 auto..


biasanya aku selalu isi full tank.. jumm kita buat bodoh bodoh punya calculation.. tak tau la betul ke idak. ha korang pun kira la sekali mana yang belum kira tu..


Before: ni bodoh bodoh punya anggaran..

shell= Rm1.92 x 35 liter

= RM67.20 @ 315km boleh pergi . kiranya 1km sama dengan RM0.21...tahan la

5 hari ke seminggu utk kerja.. tapi tak campur sekali ngan chill sana sini...



after:

shell= Rm 2.70 x 35 liter

= RM94.50.. huh.. macam haram...( after rm94.5 - before rm 67.20 = RM27.3 seminggu aku rugi) ( 27.3 x 4 =RM109.2 sebulan aku rugi) ( 109.2 x 12 =RM 1310 setahun aku rugi)

aiii.. tudung salji betul la dorang ni..



jum kita kira balik kalau kita benti rokok untuk org lelaki.. yang pompuan tu tak tau la apa kan..

dunhill 14 = RM 5.90 x sebulan

= RM 177 ( emm... tengok la dulu cemana )


pastu jum kita pikir plak..???????????????????????? bulan july aku nak pasang NGV.. mampuh pi la.. kereta tu lembap pun lembap la..aku pun nak kahwin gak...



Tuesday, June 3, 2008

Terik..


Cuaca terik di luar sana.. saya tak boleh nak keluar kerna cuaca terik tengahari ni.. saya nak tunggu cuaca sejuk baru saya keluar..terik nya cuaca diluar begitu jua terik jua dalam pejabat saya ini... dah la aircond rusak.. berpeluh saya dibuatnya.. ilang bau deodorant ketiak nivea saya..tapi nasib baik badan saya maintain bau armani black..ia membuat kan designer saya selesa berdampingan ngan saya. ehem ehem


dikejauhan jalan federal h/way ketika ini mungkin sedang sesak dengan bas,lori kereta.. adakah saya harus melalui NKVE atau short cut melalui LDP.. kalau lalui LDP mungkin sana sesak jugak.. oh tidak.. saya tak akan lalu LDP, saya musti lalu NKVE.. ya.. saya musti lalu NKVE untuk sampai di sri damansara..


singgah sebentar minum air kelapa madu di sebelah SHELL mesti nikmat punya lah , nak nak tengah panas2 ni.. tapi saya tak mau makan.. kenapa saya mau makan kalau perut saya belum lapar.. kalau saya makan nanti saya kenyang.. dah kenyang nanti macam mana saya nak makan lagi..saya nak makan sup kambing petang ni... kalau saya makan nasi lauk ikan kari tengahari ini, saya mungkin tak dapat makan sup kambing ni.. baiklah.. saya buat keputusan saya tak mau makan nasi pada tengahari ni..anda semua setuju..


kalau semua setuju.. izinkan saya berlalu pergi menjalankan kewajipan saya untuk memudahkan kerja orang lain.. ok.. dipersilakan..


tok kira semua sekali berapa..nak bungkus sup kambing untuk orang2 kampung..

Sunday, June 1, 2008

cuti sakit

Hari ni saya kena amik half day la... tak boleh wat apa2..
esok amik cuti satu hari..
cuti sakit buntut.

PENGURUSAN SENDIRI

Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari

Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

Mandom...




aduh.. apa pasal la hari ni hari isnin.. tak best betol la.. jarang saya rasa emosi sebegini...macam tak best jek..biasanya saya chill macam biasa tapi hari ni macam.. aduh.. tak best la..


dah lah alat kumbahan besar saya bermasalah pagi-pagi ini.. ia hampir nak kuar pagi tadi tapi tak boleh.. aduh.. azabnya.. jiwa kacau betul la...


dulu semalam dan semalam seronok sangat berjoli tanpa menghabis wang komisen yang banyak..marathon movie bersama kekasih-kekasih hati... berboling, bersiar2 di setiap lot lot parking di klang valley.. melawat 15 plaza tol dan membasuh kereta sambil main baling-baling air.. huh.. seronotnya.. nak nak plak malam tadi saya dapat baekk punya mimpi...lantas loceng jam berbunyi .. aduh.. potong stim betul la..


untuk saiko minda saya ni maka terpaksa la berpikir dgn cara positif.. kerja ni adalah satu ibadah.. bila kita ingat ia satu ibadah..kita ingat la pahala dan rahmatnya....
ok.. dah la tu. nak g tandas jap.. nok cuba try we tubik..



Friday, May 30, 2008

sumpit...





sumpit...




petang2 ni kalau main sumpit pun best jugak kan... terkenang masa kecil-kecil dulu.. suka main sumpit pakai straw.. beli banyak-banyak biji kacang yang kaler hijau tu pastu reload semua biji kacang tu kat mulut... pastu tembak kat benda yang bernyawa tak bersalah..
paling peberat sumpit kat kucing, ayam dan budak mentah yang baru habis mengaji.. huh.. bestnya masa tu.. rasa proud sangat bila dapat sumpit mereka tu semua..


lagi satu main biji pohon pinang yang biji dia kaler merah tu.. biji tu kalau selet kat leher .. best tu.. suka sangat buat majal kat rakan2 kelas.. gatal habis leher tu sampai garu banyak kali pun tak habis gatal lagi..


Pastu kan.. ada satu kapsul ni.. kapsul ni memang busuk tak ingat punya.. kalah bau loji kumbahan..ingat lagi masa di sekolah rendah kat dalam kelas dulu-dulu. tak puas hati betul dengan cikgu param ni.. dia ni kalau bercakap habis banjir lantai kelas... pastu plak bila kitaorang buat nakal kat kelas, selalu kena denda pukul buntut .. dah la pukul buntut plus cubit some more.. double sakit.. masa dia pukul buntut mesti dia cakap ''wesss'' .. trademark dia la tu.. cikgu param wesss.. kitaorank pun tak puas hati la.. plan letak biji kapsul tu di kaki kerusinya. bila dia datang dan duduk , langsung kapsul tu pecah... memang real punya bau loji merebak kat satu kelas..10 orang muntah dan 20 orang berjaya selamatkan diri... satu hari kelas dibatalkan akibat bau busuk dan cikgu2 sekolah tak dapat mengesan bau tu datang dari mana.. yang jadi mangsa Wong Choi Hong sebab semua org tuduh dia yak dalam seluar.. hahaha.. 3 hari tak datang kelas sebab malu padahal member tak buat salah apa pun..
Tetiba teringat plak girlpren lama masa sekolah dulu.. apa cite agaknya dia sekarang ek...






Wednesday, May 28, 2008

Indiana Jones

huh... i tell u...
memang syok r tengok movie ni.. malam tadi tengok midnite movie bersama adik kambing k-e di sunway pyramid... layan gak cite INDIANA JONES ni...

saya rasa nak tengok cite ni lagi la..

Friday, May 16, 2008

Stesen yang berikutnya.. thailand.















Next station.. thailand..

Tolong la bos.. saya nak g sini.. tolong la.. pls.. pe kejadah chill kat cameron highland.. bos jangan buat janji keling plak.last minit tak jadi..karang saya sembur ink kat lap top.
pls ek bos.. we decide and u pay..
kautim..









Monday, May 12, 2008

Mesyuarat tak rasmi..


apa aku nak update ni.. jap ek.. bagi time sikit nak tune minda ni....


level 1..

dady dia semalam pergi ke airport naik beca.. tapi malangnya beca punya gearbox tu rusak.. terpaksa la dady dia naik teksi.. mahal la sikit bayar..


level2..

Handpon ni kalau yang murah tak la selalu rusak.. tapi kalau yang mahal2 tu senang je rusak..barang kali hanpon ni tak mahu tuannya jangan membazir selalu beli hanpon mahal-mahal..


level3..
kuku ni baru je potong hari jumaat lepas.. nampak segak kuku aku ni lepas kena potong..nampak gayah gitu kuku mak ni..


level4..

aku tak dulik..aku nak makan betis ayam..kau amik bagian tengkok ayam ni.. nah ! hamik kau..



isi...

salam pagi/petang/malam dan ceria semua pada penduduk kampung... dah seminggu dah zool rehat kat kampung ni.. abg nabil pun dah selamat sampai.. mekasih la .sdp petai hutan ni. tenang dan senang duduk sini.. mekasih la atas layanan penduduk kampung ni.. memuaskan...


tok ketua... nanti buat satu mesyuarat untuk lantik A.J.K baru...dan kepada ajk senior tu sila la jolokan ilmu anda kepada ajk-ajk baru ni tentang tugas2 mereka..



penutup..

nak jumpa encik baha malam karang di s.alam.. baru saja sampai di kuantan..
nak ajak dia cari duit ..

Wednesday, May 7, 2008

cuma nak testing..


abad ke 20 ini.. ramai masayarakat hidup dalam keadaan nomad selepas adolf hitler menembak seorang jurujual di padang permainan..

namun begitu jurujual tetap idup..dah kena tembak banyak kali pun tetap hidup..ini macam satu bentok penipuan saja.. mana aci... lain orang dah kena tembak.. lain orang mati tapi dia tak mati...

perengan ke3...
apa masalahnya kalau tak berbudi bahasa pada mereka yang kurang bahasa..

perengan ke 4...
ini lagi satu teruk punya kes.. ada ke naik motor kena pakai helmet... tak perlu sebenarnya pakai helmet ni... kerana kepala di tengkorak kita lebih mustajab dan
keras dari helmet.. bukan helmet di bawah tapi topi keselamatan di kepala.. bukan di kepala lutut atau kepala cute , tatapi dia kepala otak kita..

perengan ke 5..
sesudah selesai persembahan tarian.. saya mula menyanyi dan menari.. kenapa saya menari.. karena itu sejenis tarian ... tarian apa.. tarian cuba teka..

hehehehehe.....
puas sudah ku merapu .. ok jum start balik.....


salam semua....

weiiiii... korang... walaweii .. aku tak tau lak korang ada kat sini.. semua ada kat sini.semua pun chill kat sini ek...
Lela pun ada ha.. apasal kurus sangat lela ni...bamin mana ni..
ni ha.. mamaket pun ada.. lama tul tak komen omeng di page mamaket... kim salam kat gunung ganang tu ek.. chapit tok ketua.. ni sejak bila ni jadi tok ketua ni..makin menjadi jadi ni.. tapi takpe pik.. aku sokong kau jadi ketua kampung.
yayaaaaa...... lama dah tak jiwang miwang kat yaya ni.. rindu kat yaya..lama dah tak dengar lagu besh2 kat bumble bee..

ni pun.. wani pun ada.. siti sifir pun ada... tu ha yang kat belakang tu.. sapa nama ntah..yop, lama tak nampak.. jiran2 kampung lain semua ada ni ha...]
ni sapa ni.. kambing mana kambing.. si hairi anak ikan ku mana? tok ketua!!!.. panggil hulubalang2 tu datang sini semua.. nabil mana... tak siap lagi ke bom dia tu..bukit mana bukit..

wahh.. semua org kampung kumpul sini ni ha...maap la.. abg zool tak bawak ole ole..tercirit tadi
kat tengah jalan..eh tercicir tadi..
ha.. everybody... meh sini hug abg zool meh..maap la.. ketiak ni basah sikit..
korang tau tak.. abg sesat bukan main jauh lagi pasal nak jumpa korang.. ntah blogger mana ntah abg zool jumpa.. macam org la abg zool jumpa..
berhari hari mencari.. last-last abg zool ingat mamaket ada tinggal dia punya map nak datang sini.. tu yang zool leh jumpa korang tu...

abg zool mintak maap la lambat join.. bukan apa. zool ni buta hati pasal IT ni..ketinggalan lak tu...
mekasih la mamaket ada tinggal wasiat nya.. tidak abg zool tak tahu macam mana nak datang sini...
tok ketua.. ni angkat beg ni.. berat.. abg zool nak berehat jap.. ok org2 kampung.. malam ni jangan lupa buat parti keramaian untuk kehadiran abg zool.. nak request mamaket n the kids jadi penari undangan..lela.. abg nak ayam masak sejati satu..yaya.. tolong urut batin kat tengkok abg zool ni.. sengal2 ni.. tok ketua tolong cover line ek..abg zool nak layan stim ni..

Friends

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com